CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Angin Kereta Parkir Di Ruang OKU Kena Kunci, Lelaki Belasah Pak Guard

21-10-2019 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7557| Komen: 64

Seorang lelaki bertindak buas dengan membelasah pengawal keselamatan menggunakan kayu golf di Jalan Gombak, Setapak petang semalam.

Difahamkan, dia bertindak ala samseng selepas berang keretanya yang diparkir di ruang OKU, dikunci tayarnya. 


Memetik laporan Berita Harian, pengawal keselamatan warga Nepal itu cedera di lengan dan telinga kanan akibat dipukul suspek dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu. 

Kredit foto: Twitter

Sebelum kejadian, dua lelaki datang kepada mangsa untuk membuka kunci tayar kereta Honda Jazz miliknya. 

“Mangsa menyatakan bahawa mereka perlu membayar denda di pejabat pengurusan tetapi kedua-dua lelaki berkenaan tidak menghiraukannya sebelum merosakkan kunci terbabit.


“Mangsa menegur tindakan dua lelaki itu dan seorang daripadanya memarahi pengawal keselamatan berkenaan dan menumbuk mukanya.


“Suspek yang sama kemudian mengambil kayu golf dari dalam kenderaan berkenaan sebelum menghayunkan ke arah mangsa hingga menyebabkan kecederaan,” kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail. 

Suspek yang berusia 24 tahun kini ditahan polis dan didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Manakala, mangsa sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - CARI 
1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eric.n9 20-10-2019 11:24 PM
Tepek arr video sekali.
Quote Pink_Purple 20-10-2019 11:31 PM
perangai macam tu..bangsa apa?
Quote TravellingBear 20-10-2019 11:32 PM
Nampak macam rambut oren
Quote sarah82 20-10-2019 11:43 PM
Videonya purrrrlesss
Quote ChemicalRomance 20-10-2019 11:48 PM
alahai... dah alang2 nak viral knape sensorkan muka ngan number plate
Quote delsmomm 21-10-2019 08:12 AM
so nak hencap dgn gambar blurr ke caner ni..
Quote dekmieDandy 21-10-2019 10:00 AM
ni melayu

kejadian kat kl trader square

tempat tu parking open, itu ada golongan perngai rempit ni masuk berlagak jugak
Quote R2D2 21-10-2019 10:09 AM
Lelaki rambut oren pukul pak guard ditahan polis
21 Oktober 2019


KUALA LUMPUR - Lelaki yang bertindak memukul seorang pengawal keselamatan kondominium di Setapak semalam kerana tidak berpuas hati tayar keretanya dikunci ditahan polis bagi membantu siasatan.

Lelaki berkenaan yang meletakkan kenderaan di ruang parkir orang kelainan upaya (OKU) bertindak membelasah pengawal keselamatan warga Nepal dengan kayu golf.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pengawal keselamatan berusia lingkungan 30-an terbabit cedera di lengan dan telinga akibat dipukul suspek.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata sebelum kejadian mangsa yang mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda Jazz diletakkan di ruang parkir OKU bertindak mengunci tayar kenderaan itu pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, selepas hampir setengah jam, mangsa didatangi dua lelaki yang memintanya membuka kunci berkenaan.

Namun mangsa tidak menuruti kehendak suspek dengan menyatakan perlu membayar denda di pejabat pengurusan terlebih dahulu.

"Suspek dan rakannya tidak mempedulikan kata-kata pengawal keselamatan itu dan cuba merosakkan kunci tersebut meskipun ditegur mangsa supaya tidak melakukan perbuatan itu.

    "Tiba-tiba suspek berambut oren terus memarahi mangsa dan menumbuk muka mangsa. Suspek yang sama mengambil kayu golf dari but kereta dan terus memukul lengan kanan dan muka mangsa," katanya.

Rajab berkata, rakan suspek cuba meleraikan kejadian yang turut disaksikan beberapa orang awam lain.

Menurutnya, mangsa yang cedera berlumuran darah di bahagian lengan tangan kanan dan luka telinga kanan kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Hasil pemeriksaan suspek didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah," katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan seorang pengawal keselamatan berlumuran darah di sebuah kawasan parkir kereta.

Dalam video berdurasi 1 minit 4 saat itu, mangsa dirakam dipukul seorang lelaki di lokasi sebelum insiden dilihat dileraikan seorang lelaki lain.
Quote kasibiman 21-10-2019 10:34 AM
Aku Tak paham kenapa nak blurkan kereta Dan muka si bangsat ni.

Aku Tak paham kenapa suspek Ada kes jenayah lampau tidak boleh berasimilisasi dalam masarakat dgn pendekatan soft approach to crime spt yg puak civil liberty gembar gemburkan.
Quote qistiena 21-10-2019 10:55 AM
bangsa H mengganas lg....
Quote kucingitam 21-10-2019 11:26 AM
Pink_Purple replied at 20-10-2019 11:31 PM
perangai macam tu..bangsa apa?

bangsa melayu

Quote Pink_Purple 21-10-2019 11:40 AM

haha..betul..betul..betul..

guard tu xtahu pemandu tu otak dia OKU..

selalu sangat citer depa ni bergasak tentang parking

Quote cupu 21-10-2019 11:57 AM
Tepek video la..kasi link ke...tgamak pukul org mcm tu.aku bc yg telinga bdarah..bahaya giler.kot pendarahan dalaman. Mohon tunjuk pic suspek.gadis2 kn save utk senarai blacklist.
Quote dodolgemok 21-10-2019 12:02 PM
Acah2 samseng, ujong2 meratib diri ditindas. Kahkahkah
Quote CARI-MAMS 21-10-2019 12:24 PM
Seorang lelaki bertindak buas dengan membelasah pengawal keselamatan menggunakan kayu golf di Jalan Gombak, Setapak petang semalam.


Difahamkan, dia bertindak ala samseng selepas berang keretanya yang diparkir di ruang OKU, dikunci tayarnya.


Memetik laporan Berita Harian, pengawal keselamatan warga Nepal itu cedera di lengan dan telinga kanan akibat dipukul suspek dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu.


Kredit foto: Twitter




Sebelum kejadian, dua lelaki datang kepada mangsa untuk membuka kunci tayar kereta Honda Jazz miliknya.


“Mangsa menyatakan bahawa mereka perlu membayar denda di pejabat pengurusan tetapi kedua-dua lelaki berkenaan tidak menghiraukannya sebelum merosakkan kunci terbabit.

“Mangsa menegur tindakan dua lelaki itu dan seorang daripadanya memarahi pengawal keselamatan berkenaan dan menumbuk mukanya.


[twitter]https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1185918968608899072[/twitter]



“Suspek yang sama kemudian mengambil kayu golf dari dalam kenderaan berkenaan sebelum menghayunkan ke arah mangsa hingga menyebabkan kecederaan,” kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail.


Suspek yang berusia 24 tahun kini ditahan polis dan didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Manakala, mangsa sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - CARI
Quote pokaibanktokyo 21-10-2019 12:50 PM
Keling penagih dadah
Quote MissLana 21-10-2019 12:52 PM

melayu rasenya cuma rambut saje berjambul ayam
Quote MissLana 21-10-2019 12:53 PM
confirm la tgh lalok dadah sbb tgk kt fb org dpt snap pic dia tgh nak curik moto jgk. masuk jelah dlm penjara org cmni, takde org nak lyn gangster cabuk mcm ko
Quote mawardia 21-10-2019 01:02 PM
Sekilas ku lihat jelingan dan cara jalan si jambul kuning sudah ku tahu urine tak clear.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.162215 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top