Bekas aktivis pelajar Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke yang mencetuskan kontroversi semasa istiadat konvokesyen baru-baru ini dicabar untuk berdebat tentang topik 'Tanah Melayu atau Tanah Malaysia'. Cabaran itu dilontarkan oleh wakil Pertubuhan Aktivis Negeri Johor (MUDA), Mohamad Khaled Nordin dalam surat terbuka yang disiarkan melalui laman Facebook miliknya pada 20 Oktober lalu. Beliau berkata, setelah mengkaji rakaman video ucapan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim yang dimuat naik dalam laman Facebook University of Malaya Association of New Youth (UMANY), tiada kesalahan yang dikesan.
"Fakta yang beliau ucapkan sewaktu Kongres Maruah Melayu adalah benar. "Fakta dan pandangan yang beliau kemukakan juga berdasarkan kontrak sosial yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," jelasnya dalam surat terbuka itu. Justeru, Mohamad Khaled mempelawa Yan Ke untuk berdebat pada tarikh, tempat dan masa yang bakal dipersetujui secara bersama. "Saya berharap pihak encik mampu menerima pelawaan debat terbuka saya ini atas nama kebebasan bersuara atau freedom of speech," katanya. Kebiadaban Yan Ke yang memegang plakad sambil melaungkan perkataan 'tolak rasis', 'undur VC' dan 'ini tanah Malaysia' di atas pentas semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Kali Ke-59 pada 14 Oktober lalu dikecam banyak pihak. Pada mulanya, Yan Ke tidak dibenarkan mengambil skrol ijazah kejuruteraan awam namun atas sebab-sebab tertentu, UM terpaksa menyerahkan dokumen itu kepadanya. Setakat ini, Yan Ke belum menyahut cabaran yang dikemukakan oleh Mohamad Khaled itu. - CARI |
JohnnySins replied at 20-10-2019 02:11 PM
kalau tanah Malaysia semua sepet2 sudah boleh berbahasa Melayu dengan baik....dan tidak racist terha ...
Melorqe replied at 21-10-2019 10:27 AM
cepat apek. cepat apek
aku nak tengok kau berdebat
apa yg kau tak puas hati sgt
EmaAsmadi replied at 21-10-2019 01:47 PM
Ini tanah Melayu. Kau cina bukit. Balik tongsan
ADVERTISEMENT