Keputusan akademik seorang gadis yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja dalam Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia baru-baru ini memukau netizen kerana beliau mendapat anugerah dekan dalam setiap semester pengajiannya dan mendapat keputusan cemerlang dengan PMS 4.00 selama tujuh semester berturut-turut.
Nur Athirah binti Rushami Zien,23, graduan Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan diumumkan memenangi anugerah tertinggi itu semasa Istiadat Konvokesyen UUM baru-baru ini dengan PMK 3.99. Lebih membanggakan, gadis itu turut bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan menyertai pelbagai aktiviti peringkat universiti, nasional dan antarabangsa. Seorang rakan pelajar yang sempat merakamkan penganugerahan itu telah berkongsi video tersebut di Twitter dan menjadi bualan ramai. Ramai netizen yang mengagumi pencapaian gadis tersebut. 'Fyi she received anugerah pelajaran diraja (pingat jaya cemerlang) & membawa pulang sijil, pingat emas & wang tunai RM 7,500 #beautywithbrain' kata seorang netizen. 'Alhamdulillah. Tumpang gembira kan tengok kejayaan dia. Parents dia pun syukur sangat dapat anak macam tu syukur' tambah seorang lagi. Semoga kejayaan gadis ini menjadi sumber inspirasi kepada ramai lagi pelajar di masa yang akan datang.- CARI |
RatuDunia94: Tak bosan ke belajar pandai2...
ADVERTISEMENT