CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Saya Reda, Tapi Kalaulah Mereka Masih Hidup..." - Dato Seri Vida Kenang Arwah Anak..

21-10-2019 09:55 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15443| Komen: 44|Original author: Shimmer Shine


"Ini harta saya dunia akhirat. Saya redha tapi kepala otak ni asyik Kalau...Kalau...mereka masih hidup."

Itu luahan Dato Seri Vida apabila memuatnaik gambar lama yang memaparkan keempat-empat anaknya di laman Instagram.

Dua daripadanya ialah Cik B (Nur Edleen Zamilin), 14 dan Kacak (Muhammad Eric Zecquan), 12 manakala dua lagi ialah puteranya yang meninggal dalam kebakaran pada tahun 2013 iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie. Ketika kejadian masing-masing berumur 11 dan 10 tahun.

IG

Dengan menyatakan umur arwah sekarang adalah 16 dan 17 tahun jika masih hidup, ternyata Vida sangat merindui kehadiran anaknya.

"Dah 6 tahun mereka pergi, dalam kebakaran rumah staf saya di bulan Ramadan. Mereka tak terbakar tapi lemas sebab asap. Berbaring kaku berpelukan, dalam tandas, bawah sinki."

Sebagai seorang ibu, Vida terlalu  terkejut hingga dia tidak mampu melihat wajah arwah di dalam kain kapan kerana terlalu sedih. 

IG

"Masa tu, rasa tak kuat, sedih sangat, memang tak boleh tengok. Cukuplah memori bersama mereka pakai baju baru, baju raya. Kalau lah mereka masih hidup..."

Ketika menulis kapsyen ini, Vida turut merasai sebak yang amat sangat, tekak terasa tercekik dan air mata mengalir mengenangkan yang telah pergi.

IG

Vida juga sempat menitipkan pesan mereka yang masih mempunyai ahli keluarga betapa beruntungnya mereka, jadi hargailah semuanya.

Tiada apa yang diharapkan hanyalah kembali bertemu di akhirat nanti dalam situasi gembira.

IG

Jadi, benarlah kata orang, mereka yang mempamerkan kegembiraan di khalayak mungkin menyembunyikan seribu kesedihan yang kita tidak fahami. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • DayangKirana

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 21-10-2019 10:05 AM
Belum tua sgt lg utk tambah..cpt kawin sblm kilang tutup
Quote LadyCarefree 21-10-2019 10:13 AM
Doa yng last tu pelik. Sbab diorng dua mati masa kecik belum baligh. Dlam Islam kira belum ada dosa. Memangla masok sorga teruih. Doa cam tu seolah2 dok harap maka xcaya kt apa Islam dh janji. Hehehehehehehhee tp plg best ialah anak nik ajis tadok doa tp terus ckap tuhan dh panggil duduk sebelah or something like that.
Quote BicaraHatiku 21-10-2019 10:14 AM
Edited by BicaraHatiku at 21-10-2019 10:18 AM

Comelnya Cik B kecik2. Tapi kan.. orang tua2 cakap makin kita tua, makin kita kan terkenangkan benda2 lepas. Benda2 tu akan datang balik..

Quote gigimukelabu 21-10-2019 10:17 AM
Meols baca2, mak kehilangan anak lg sakit dari anak kehilangan mak.

Takpe, kalau rasa tak cukup ada cikb dgn kacak, boleh tambah lagi tu
Quote wanokakaka 21-10-2019 10:19 AM
sedihnya.. hilang anak ni sakit sgt.. i yg gugur pun kdg2 tringat peritiwa tu.. mcmana la kalau hilang bila anak dlm proses membesar.. byk memori.. semua.. al fatihah
Quote RatuDunia94 21-10-2019 10:27 AM
Haha.. kacak pakai baju butang terlebih..
Quote polluxsstar 21-10-2019 10:48 AM
sedihnyaa
aku pun x dpt bygkan kalau aku kehilangan anak yg sdg membesar d dpn mata
kehilangan ms keguguran pun dh terasa
hrp DSV nnt dikurniakan menantu yg baik2
nk tmbh anak tu rsnya x mungkin kottt
Quote violetungu 21-10-2019 10:52 AM
Siapala yg potong bawang pagi2 ni..Ibu mana sanggup tengok anak pergi dulu sebelum dia... semoga bertabah.Al-fatihah.
Quote damian_lee 21-10-2019 10:56 AM
BicaraHatiku replied at 21-10-2019 02:14 AM
Comelnya Cik B kecik2. Tapi kan.. orang tua2 cakap makin kita tua, makin kita kan terkenangkan benda ...

baru nak komen benda sama ...... comel kot time kecil ....
Quote kucingitam 21-10-2019 11:05 AM
comel cik B
Quote Kurex 21-10-2019 11:24 AM
Member aku duduk dekat area rumah staff vida tu.. Dia cerita.. Alahai.. Sayunya hati...
Quote Sangkar_Emas7 21-10-2019 11:24 AM
cannot imagine untuk sesiapa yg di duga anak pergi depan mata kita.
semoga DSV sentiasa kuat dan tabah.
Quote inspektoremos21 21-10-2019 11:38 AM
RatuDunia94 replied at 21-10-2019 10:27 AM
Haha.. kacak pakai baju butang terlebih..

Hahaha gigih iols scroll atas balik nak tengok gambar
Quote annadonna 21-10-2019 11:40 AM
sebagai ibu aku pun tumpang sedih. Aku pun hilang abang sulung dan adik bungsu waktu dua dua masih kecik. mak aku strong woman, dia selalu cerita tapi tak pernah nangis di depan kami. Tapi aku tau nak tidur malam mesti dia menderita.
Quote jijilaaa 21-10-2019 11:56 AM
comey cik b masa kecik2
Quote OsHiN_hOnEy 21-10-2019 12:05 PM
yg paling sedih dia kat mekah kan time tu?
atau baru balik umrah
she was in shocked
lepas tu lar baru dia tonjolkan

watak gila2 dia tu
and lepas bercerai utk kesekian kalinya

mak2 selalu ckp biar kita mati dulu
tak sanggup nak kehilangan anak yg kita kandung
kita beri nenen sampai dah berlari

though org kata kita ada wildan di syurga
tapi rindu tak bertepi tu org takkan faham

Quote dekmieDandy 21-10-2019 12:09 PM
bak kata mak Hannah Baker "no parent should have to bury their child"
Quote sleepandream 21-10-2019 12:16 PM
jaga anak2 chuols yg masih idop itu...
bagi rezeki yg halal bersih utk meka yach...
cukup2la nipu orang moga berubah yach
Quote Ketambiru 21-10-2019 12:23 PM
Comel cik B ms kecik.. besar sok msti cantik jugak ni..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046540 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top