Ramai yang pasti tertanya-tanya mengenai hubungan rumah tangga selebriti Hunny Madu dan pasangannya. Sudah sekian lama wanita itu tidak memuat naik gambar suaminya di laman media sosial dan dia hanya berkongsi perkembangan hidupnya dan anak-anaknya sahaja.
Terjawab sudah pertanyaan ramai apabila Hunny Madu menerusi sebuah video telah mengaku telah bercerai dengan suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid pada Oktober lalu selepas dijatuhkan talak. Video yang dimuat naiknya itu bagaimanapun telah dipadam oleh tuan empunya diri. Menurut mStar, walaupun bekas suami Hunny Madu sudah jatuhkan talak dan tidak tinggal sebumbung pada Oktober 2018, namun mereka berdua telah sah menandatangani dokumen penceraian pada Julai lepas.
Keputusan itu telah dibuat oleh mereka berdua kerana mendahulukan urusan kesihatan anak lelaki mereka, Adam Musa yang mempunyai masalah jantung. Usai anak kecil itu melalui pembedahan pintasan jantung, barulah mereka menguruskan urusan penceraian yang lama tertangguh. Hunny juga menjelaskan bahawa antara salah satu sebab keruntuhan rumah tangga mereka adalah gagal untuk berkomunikasi. Dia juga tidak sanggup membayangkan dirinya jika masih tinggal sebumbung, tetapi hakikatnya mereka berdua tidak bahagia bersama. Dia juga menambah bahawa dia baik-baik sahaja walaupun sudah menjadi ibu tunggal kini. Dia kini bahagia menjalani hidup bersama kedua-dua anaknya iaitu Eva Medina dan Adam Musa. Harap yang baik-baik sahaja. -CARI
|
epal21 replied at 21-10-2019 10:34 AM
Sedihnya. Pasangan urban mcm ni selalunya bukan ke open minded sepatutnya xde lah communication issu ...
de_ikea replied at 21-10-2019 10:40 AM
Communication breakdown ni mcmna ya?
Tak boleh meluah rasa? Pasangan tak layan? Tak ada masa nk ...
haruslah replied at 21-10-2019 10:36 AM
komunikasi skrg thru hp jer
mane x nye (berdasarkan pengalaman)
inspektoremos21 replied at 21-10-2019 11:35 AM
Mcm keknis & kekrul lembam la.. communicate melalui handphone even dalam rumah.
inspektoremos21 replied at 21-10-2019 11:35 AM
Mcm keknis & kekrul lembam la.. communicate melalui handphone even dalam rumah.
ADVERTISEMENT