Aktres Jenna Dewan mendedahkan kepedihannya sewaktu berpisah dengan bekas suami, Channing Tatum, pada tahun lepas selepas berkahwin selama 9 tahun. Beliau juga meluahkan rasa duka apabila mendapat tahu tentang hubungan baru suaminya ketika itu melalui internet, di dalam buku autobiografinya; 'Gracefully You: Finding Beauty And Balance In The Everyday'.
Pelakon 'Step Up' itu menulis yang beliau langsung tak terfikir untuk bercerai dan perasaan sedih sewaktu menjawab soalan-soalan wartawan tentang Tatum selepas perpisahan mereka.
"Di awal perpisahan kami, saya merasakan seperti berada di dalam sebuah almari gelap, berusaha sedaya-upaya untuk mencari cahaya atau jalan keluar," katanya. "Saya berada dalam keadaan terkejut. Seminggu saya berkeadaan sangat bagus dan tiba-tiba diselubungi dengan emosi lain yang membunuh." Sementara media berusaha untuk mendapatkan kisah demi kisah mereka, Dewan mendedahkan yang beliau akan menyorok di dalam selimut di katilnya. "Keperitan itu menyakitkan saya seperti satu runtuhan. Saya diselubungi ketakutan dan kesedihan," tulisnya. "Saya mengambil masa yang lama untuk duduk berseorangan dalam kesedihan, untuk memaksa diri ini menyerah kepada situasi yang seperti roller coaster ini." Mengetahui kecurangan pasangan melalui internet adakalanya menguji rasa percaya Dewan terhadap orang lain. Apatah lagi apabila mengetahui pasangannya itu kini mampu meneruskan kehidupan bersama orang lain. "Saya dapat tahu tentang suami saya melalui cara yang orang lain tak lalui ― melalui internet, sepanjang ia berlaku," tulis Dewan, merujuk tentang khabar angin yang Tatum ketika itu sedang bercinta dengan penyanyi, Jessie J. "Saya pada masa itu berada di atas kapal terbang, berseorangan, dapat tahu tentang hubungan barunya. Saya berasa terkejut. Memilih untuk mengekalkan kesopanan setelah mengetahui perkara ini bersama-sama orang ramai sememangnya sesuatu yang sangat sukar." Dalam pada mereka menuju ke arah perceraian, Dewan kini melangkah ke fasa kehidupan yang lebih bahagia apabila bakal menimang cahaya mata dengan teman lelaki barunya, Steve Kazee. Bersama Tatum, Dewan mempunyai seorang anak berusia 6 tahun, Everly. Bayi baru yang bakal ditimang merupakan anak pertama bagi Kazee. - CARI
|
Sang_Pencinta replied at 21-10-2019 04:12 PM
Bukan curang pun
Hubungan tu selepas bercerai
Cuma dia terasa sedih sebab masa tu dia masih single ...
aammyy replied at 24-10-2019 06:43 AM
AKU BARU NAK MELAHAR JESSIE J SEBAB JOIN CLUB MENCARAS!!!!
nadie90 replied at 30-10-2019 12:54 PM
Syg xbrthn lama marriage dia dgn CT sbb tgk dua2 xnmpk ad mslh...tp jodoh depa takat tu ja...marriag ...
ADVERTISEMENT