CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wang Simpanan 10 Tahun RM40,000 Lebur, Dakwa Akaun Kena Hack Tapi Bank Nafikan

21-10-2019 10:21 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 24536| Komen: 133|Original author: Sang_Pencinta

Seorang lelaki terkejut baru-baru ini apabila mendapati sejumlah RM40,000 wang dalam akaun banknya lesap begitu sahaja. Tidak seperti kes penipuan yang lain, beliau tidak pernah mendapat sebarang TAC, berkongsi password ataupun menerima sebarang panggilan.


Mengesyaki akaunnya digodam, mangsa menghubungi pihak bank tetapi diberitahu bahawa bank tidak akan bertanggungjawab dalam kes seperti ini.


Kejadian itu dikongsikan oleh abang mangsa, @Chinbabad di Twitter baru-baru ini.




Kredit foto: Twitter



Menurut abang mangsa, wang RM40k itu adalah simpanan adiknya yang telah dikumpul sejak 2009 lagi. Bagaimanapun pada 17 Oktober lalu, didapati bahawa wang itu lebur disyaki digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam pengeluaran aplikasi DUITNOW berjumlah RM20k setiap satu.


Dimaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat tetapi bank menafikan sistem mereka digodam dan menurut abang mangsa, bank sebaliknya menyalahkan kecuaian adiknya yang mungkin menjadi mangsa penipuan.


Kredit foto: Twitter




Netizen yang membaca perkongsian itu itu menasihati mangsa supaya menghubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan.


'Aku pernah ada kes ini, bank sukahati potong akaun aku, selepas aduan ke BNM, pegawai bank hubungi aku untuk pulangkan duit semula' kata seorang netizen.


'Sebenarnya tidak boleh tuduh kena hak dahulu, buat laporan polis dan biar BNM siasat' kata seorang lagi.


Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Twitter



Ada juga yang menyatakan keraguan mengenai aplikasi DUITNOW selepas kejadian ini.


'Aku tak berapa yakin nak guna DUITNOW ni sebab tak perlukan TAC no, Nampak tak selamat' kongsi seorang netizen.


'Kenapa Maybank tak wajibkan consent pengguna untuk DUITNOW' Personal seorang lagi.



Kredit foto: Twitter



Bagaimanapun, abang mangsa mengesahkan adiknya tidak pernah mengaktifkan DUITNOW tetapi orang yang menggodam akaun itu disyaki membuat pendaftaran dan kemudian memindahkan kesemua duit meninggalkan baki RM1.


Kredit foto: Twitter



Semoga mangsa mendapat kembali wang simpanannya dan kes ini menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati menggunakan aplikasi perbankan.- CARI 

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melorqe 21-10-2019 10:45 AM
elok report ke BNM
setahu aku bank2 cukup takut dgn BNM
mcm la diaorang tak boleh trace penerima dan dari mana transaksi di buat
sekarang zaman digital, semua boleh dia trace
bank ja yg malas nak bantu.
siasat dulu apa yg terjadi. salah siapa tu nanti cerita.
kalau bank pun jenis buat perangai lepas tangan mcm ni teruk la.
Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 10:56 AM
report police- then BNM... kalau harapkan bank , yang pantas bab minta hutang ja.. kesian kot.. and now i dah sangsi keselamatan DUITNOW tu, sbb takyah TAC pun.. and transaction seems takdak limit..  20k per transfer kot and to whom it is transferred tu?
Quote sarah82 21-10-2019 11:06 AM
Aku mmg aktifkan saja DuitNow sbb mbb bg rm5..hahaha tapi aku tak pernah guna.. La ni mmg tak dpt TAC kalau transfer guna app m2u
Quote chicozinn 21-10-2019 11:54 AM
aku kalu apps2 terkini cm e-wallet, rfid, duitnow n so on ni aku xbrani nak dowload lagi2 melibatkan akaun bank..aku just stick ngan apps betul2 utk online banking je..yg lain memang idok ler..skang duit kat bank pun boleh hilang tau..tapi kalu simpan kat uma kena makan anai2 lak..apooo
Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 12:00 PM
Apa kelebihan DuitNow?
Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 12:06 PM
chicozinn replied at 21-10-2019 11:54 AM
aku kalu apps2 terkini cm e-wallet, rfid, duitnow n so on ni aku xbrani nak dowload lagi2 melibatkan ...

aku shopping kat lazada and shopee, bayaq cash kat 7E.. punya tak percaya online banking.. hahaha..
Quote chicozinn 21-10-2019 12:10 PM
rosli_nurizzati replied at 21-10-2019 12:06 PM
aku shopping kat lazada and shopee, bayaq cash kat 7E.. punya tak percaya online banking.. hahaha. ...

sbenarnya masa aku ikut kursus mana tah aku xingat (cegah jenayah siber kalu xsilap), scammers & hackers ni suka sgat org2 yg suka beli online n salah satu cara dorang trace dkat apps yg kita download..benda ni xbrape nampak lagi sbab mgkin baru 3-4 tahun ni baru nk mula tapi once sume rakyat pakat download apps contoh cm skang ni whatsapp kan, so baru la senang scammers n hackers buat keje mencuri sbab sume org pakai apps yg common masa tu
Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 12:16 PM
chicozinn: sbenarnya masa aku ikut kursus mana tah aku xingat (cegah jenayah siber kalu xsilap), scammers & hackers ni suka sgat org2 yg suka beli online n sal ...


Same. Pernah dengar nasihat yg sama. Kini extra careful dah. Shopping guna satu akaun online khas, simpanan simpan akaun lain.
Quote leylapple 21-10-2019 12:18 PM
bukan kita nak register utk duit now tu pun perlu tac no ker?
Quote belacan_gurl 21-10-2019 12:21 PM
Just nak tanya...kalo kita buat bayaran grabfood guna akaun bank kita.....agak2 akan ada mslh gak ke...riso plak
Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 12:25 PM
chicozinn replied at 21-10-2019 12:10 PM
sbenarnya masa aku ikut kursus mana tah aku xingat (cegah jenayah siber kalu xsilap), scammers & h ...

mak aihh.. nasib baik aku jenis tak percaya e-wallet, online payment bagai.. transfer duit ja aku pakai guna online tu pun sbb bayaq loan ja.. topup, bayaq bil semua still cash lagi.. huhuhu.. paling canggih pun guna paywave ja.. sbb lojik jugak scammer ni dpt info, sbb semua connected through phone and pc asalkan online kan.. jadi semua info kat situ.. seriau..  pengajaran dia, simpan buh dalam asb.. nak keluar det, pakai buku..ke asb skang leh tranfer2 dah? hehehehe...
Quote chicozinn 21-10-2019 12:34 PM
Sang_Pencinta replied at 21-10-2019 12:16 PM
Same. Pernah dengar nasihat yg sama. Kini extra careful dah. Shopping guna satu akaun online kha ...

iye, sbab tu kita ni kena celik minda bukan stakat celik IT je..kena extra jaga2 pasni..bukan ape bila benda da jadi kebiasaan, amat susah kita nak trace si pelaku..contoh senang la yg whatsapp minta derma yg guna gambar mangsa tapi acc org lain xde kne mngena ngan mangsa..kita pun xleh nak trace asal usul whatsapp tu sbab org ramai share lagi2 kat group whatsapp bagai..so kalu apps2 ni bila da booming memang amat susah nak trace penjenayah dia sbab kita xtau titik asal tu dari mana..
Quote chicozinn 21-10-2019 12:36 PM
rosli_nurizzati replied at 21-10-2019 12:25 PM
mak aihh.. nasib baik aku jenis tak percaya e-wallet, online payment bagai.. transfer duit ja aku  ...

asb skang da leh transfer online..tapi nk kluarkan xpyah pakai buku skang just g kat bank xpun pejabat pos da leh kluarkan..ye, aku pun da uninstall sume apps2 shopping ni..kalu btul aku nk beli brang aku pakai online transfer je senang..sbab tu lagi reliable ngan memang under bank..kalu tetiba duit kita lesap boleh trus mngadu kat BNM psal duit hilang nih
Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 12:36 PM
rosli_nurizzati replied at 21-10-2019 12:25 PM
mak aihh.. nasib baik aku jenis tak percaya e-wallet, online payment bagai.. transfer duit ja aku  ...

Asb so far boleh topup online je

Transfer dan keluarkan online masih tak boleh

Still pegi kaunter
Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 12:41 PM
Sang_Pencinta replied at 21-10-2019 12:36 PM
Asb so far boleh topup online je

Transfer dan keluarkan online masih tak boleh

ok la kan.. still a secure transaction..
Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 12:44 PM
chicozinn replied at 21-10-2019 12:36 PM
asb skang da leh transfer online..tapi nk kluarkan xpyah pakai buku skang just g kat bank xpun pej ...

hihihihi.. tpi so far aku pakai stand.chartered ok la.. cuma pembayaran ke lazada, shopee, by 7E, bayar bil mcm streamyx ka tnb, kat kiosk tm tu. or dekat kiosk pos malaysia.. susah sikit takpa, asalkan privacy acc terjamin. lagi satu, geng kad kredit yg tggu kat mall tu, senang2 jer kita bagi ic untuk depa check kwsp.. aku pun pernah cuba tapi dah insaf sekarang..
Quote tungkai 21-10-2019 12:54 PM
Yang aku nampak kat sini bank boleh aje trace any suspicious banking activity & collaborate dgn pulis ka, KDN ka..tapi diorg pilih untuk diam diri. Kenapa eh?
Quote dahlamadah.. 21-10-2019 12:58 PM
paling rengsa bila dpt sms offer loan..bleh lepas ctos la haper

tak cukup ngan cara online, sms pun depa cuba
Quote meteorspeed 21-10-2019 01:00 PM
Sila lapor polis la.. Padan muka bnak

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.099599 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top