CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bayar Mahal-Mahal Dapat Gambar Tido," Graduan Kongsi Gambar Tak Jadi Di Majlis Konvo

20-10-2019 09:00 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 10941| Komen: 69|Original author: intan

Majlis graduasi memang sangat dinantikan oleh para pelajar universiti setelah bertahun berpenat lelah menuntut ilmu di menara gading.


Sudah pasti, para graduan tidak senang duduk memikirkan busana pakaian untuk digayakan di hari bersejarah tersebut. Kerana sudah pasti akan ada sesi bergambar bersama sahabat handai dan keluarga untuk diabadikan sebagai tanda sudah bergelar siswazah di universiti.

Namun, setiap tahun pasti ada rungutan mengenai gambar tidak cantik ketika menerima skrol ijazah di atas pentas. Ada yang tak 'ready', tak senyum dan sebagainya. 

Berikutan perkongsian seorang pengguna twitter ini, ramai pula yang memberi respon mengenai gambar 'tak jadi' mereka ketika menerima ijazah.

"Tak sia-sia bayar RM 50, tak sia-sia 4 tahun belajar, I am proud"

Pengguna twitter DannyAl Zainal ini telah berkongsi gambar konvokesyen beliau yang tidak seperti diharapkan dek kerana juraian papan mortar yang dipakai menutupi wajahnya ketika majlis tersebut.

Justeru itu, ramai pula warganet memberi respon dan berkongsi gambar-gambar 'tak jadi' mereka di atas pentas. Kelakar habis!

Bayar RM 250 dapat gambar tengah tidur


 Pakej tido dengan lidah terjelir

Seperti dirasuk pun ada
Nasib kita sama...
Siap edit, kreatif betul!
Yang ini terus Missing In Action!

Sedih juga kalau dapat gambar macam ini, tapi pada masa sama menggelikan hati juga. Namun begitu, sudah pasti gambar seperti ini akan sentiasa tersemat dalam hati dan diabadikan sebagai kenangan yang terindah. 

Anda ada gambar konvokesyen yang mencuit hati? Kongsikan kepada kami.-CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimsa-ra 20-10-2019 09:03 AM
Yg kelakar tu org xde..nasib baik pic iols ok
Quote LadyCarefree 20-10-2019 09:05 AM
Gila ke apa jurugambar2 di msia? Xkan 1 orng snap sekali je? Bukan pkai filem pon tp digital. Dh la xterang gegambarnya semua.
Quote Kurex 20-10-2019 09:07 AM
Nasib baik la kurex ni fotogenik.. Jadi gambar tu menjadi.. cantik je terletak
Quote raxief 20-10-2019 09:28 AM
aku grad uia pakai songkok.. takde isu tassel mortar board tu jatuh kat muka ke hidung ke ape..
Quote makita 20-10-2019 09:32 AM
Gambar meols amek skrol mmg cantik. Mata bertentang mata dan dua2 senyum nampak gigi mcm sedang borak2 secara natural. Tapi gmbar berjalan meols mmg nmpak mcm sedang tido smbil senyum.
Quote missDollie 20-10-2019 10:12 AM
Kan.. Bongok la.. Nak kejar masa punya pasal habis hancur kenangan..
Quote Megikari 20-10-2019 10:17 AM
Gambar konvo i masa degree pun fail teruk. Nampak muka macam tengah tahan sembelit {:cryrun
Quote julielapadite 20-10-2019 10:19 AM
ingat adik-adik, masa jalan atas pentas nanti make sure komer buka mata luas-luas jangan berkelip, lidah simpan kat dalam.
Quote natrahn 20-10-2019 10:42 AM
gamba saya cameraman snap masa saya tengah sapu hingus
Quote jee72 20-10-2019 10:57 AM
Smlm anak graduasi sekolah menengah je kot tpi awal2 dh pesan kat parents tak dibenarkan snap pic masa masa bg scroll. Jd masa kejadian cuma 3 org je yg ambik gmbr tanpa gangguan termasuk sorg photog pro. Hasilnya blum tgok lg
Quote merrissa 20-10-2019 11:12 AM
Edited by merrissa at 20-10-2019 11:14 AM

kahkahkah....ak x prnh bother dgn gambar konvo ni.....xyh beli pon xpe....tngkp kt studio je ler...or kt luar....puassss....
tp seburuk2 gmbr konvo yg lain....lg sedih yg MIA tuh.....kesian giler
Quote gummiebear 20-10-2019 11:44 AM
Kesiannya.. takkan la ramai2 photog kat depan tu takde sorang pun yang boleh captured nice pic. Yang paling kesian yang MIA tu adoii
Quote JunkMail 20-10-2019 11:50 AM
Aku photog amik gambar graduasi .. stress juga oiii...tapi so far so good. Gambar lawa..muka ada senyum masing-masing sambil pegang scroll.
Quote chinta89 20-10-2019 12:11 PM
entah jurugambar mne x berkualiti lagi hauk sgt ni!
Quote xtahumenahu 20-10-2019 12:11 PM
Aku ingat diorg ramai photographer sbb nak make sure pic lawa kann?nasib baik pic aku sume ok..cume konvo main2 zmn form 5 je klako sampai aku x sanggup tgk...
Quote sheqim 20-10-2019 12:42 PM
Pic iols ok, vc siap suh pndang kamera lagi.. siap senyum hahahaha heols buat utk sume students hahaha kalu salam sultan, sultan xpndang camera, kita je pndang
Quote lynakajang 20-10-2019 12:45 PM
Yg missing in action tu mmg hauk. Hahahaha tak gune punya photographer
Quote surih07 20-10-2019 12:49 PM
Kesiannya tp klako gak la bila tgk bahan2 dgn membe
Kenangan beb sampai tua
Quote awaynepian 20-10-2019 12:58 PM
Samala dgn aku..muka selebet je masa tu.. kitorang mmg xde culture gantung2 gamba dlm umah ni so ltk dlm album jerla..
Aku more melaram jubah konvo keliling u sehari pastu sblm jubah dipulangkan..gambar tu mostly cantik n itula aku tunjuk pada anak2 aku

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.041548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top