Dr Gurdeep Singh Narain Singh yang didakwa mengganggu kesantunan seorang wanita dengan kata-kata lucah pada Februari lalu mengaku tidak bersalah. Lapor Sinar Harian, dotor psikiatri itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, P Vithiya Monisha di hadapan Majistret Tuan Mohamad Ikhwan Mohd Nasir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa mengganggu kesantunan wanita berusia 25 tahun dengan menyebut perkataan lucah untuk didengari mangsa dengan niat di sebuah hospital di Kota Damansara jam 4.30 petang pada 12 Februari lalu. Bagi pertuduhan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tertuduh yang ditawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan ahli keluarganya memohon jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 berserta syarat tambahan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Disember ini. - CARI |
mamarock replied at 18-10-2019 05:41 PM
Dr ni tak kerja ke? Gangguan berlaku di hosp. Wanita itu dpt gangguan ketika dapatkan rawatan ke cam ...
mamarock replied at 18-10-2019 05:41 PM
Dr ni tak kerja ke? Gangguan berlaku di hosp. Wanita itu dpt gangguan ketika dapatkan rawatan ke cam ...
mamarock replied at 18-10-2019 05:41 PM
Dr ni tak kerja ke? Gangguan berlaku di hosp. Wanita itu dpt gangguan ketika dapatkan rawatan ke cam ...
Eric.n9: Aritu kata dah bebas?
Bedah.Cun replied at 18-10-2019 07:11 PM
Nasib lar bukan mak yang kena....
ADVERTISEMENT