Tunang Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli tampil menjernihkan kontroversi yang timbul selepas memuat naik luahan berbau rasa kecewa terhadap tunangnya. Namun, Razrul, 38, memaklumkan kepada mStar bahawa kenyataan berbaur sindiran itu sebenarnya dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada pelakon terbabit. "Ia peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara positif di Instagram. Tak pernah negatif. "Sejujurnya, saya tak mengikuti kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang," jelasnya kepada mStar. Kata ahli perniagaan itu, dia dalam proses membimbing Intan untuk masa depan sebelum bergelar pasangan suami isteri dan selalu menasihatinya. Dia bagaimanapun tidak suka memaksa dan memahami Intan orangnya bagaimana. Katanya, karier Intan tidak selamanya memerlukan dia berbuat begitu (berpelukan dengan lelaki). Watak diterima dan cara lakonannya juga pasti akan berbeza dan dia tiada masalah dengan karier Intan. Razrul juga menepis dakwaan ramai yang mengatakan hubungan mereka kini retak. "Hubungan kami okey saja. Semalam, kami makan malam dan pagi tadi bersarapan bersama. Kami juga berhubungan dan berkomunikasi seperti biasa. "Isu itu sengaja ditimbulkan media atau orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sama macam politik," ujarnya.
|
Kurex replied at 18-10-2019 04:55 PM
Bosannya.. Kawen tak jugak...
palmolive replied at 18-10-2019 05:13 PM
tengah mengenal hati budi
ADVERTISEMENT