CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Kenapa Suruh Aku Buat Amal Jariah?" - Kes Saman, Jasmin Hamid Dituduh Buang Duit

18-10-2019 12:00 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12603| Komen: 54|Original author: Oleh: LilRose

"Kau fikir apa yang aku buat ni bukan amal jariahkah?"

Amboi, marah betul pelakon Jasmin Hamid. Kenapa tu?


Kredit foto: IG


MStar melaporkan, Jamin terkilan apabila segelintir warganet mempersoalkan tindakannya menyaman beberapa individu kerana menghina dan menyamakan anaknya, Rohhana seperti bapuk.

"Orang tanya saya buat apa nak buang-buang duit, lebih baik buat amal jariah. Sedekah kepada orang memerlukan," luahnya kepada mStar Online.

Tegasnya, tindakannya itu adalah bagi membela nasib anaknya yang dihina pihak tidak bertanggungjawab.

"Aku ni membela nasib anak aku yang telah disepak, 'dibaling najis' oleh orang-orang yang tak bertanggungjuawab.

"Dah kenapa kau nak suruh aku pergi buat sedekah jariah?" ujarnya.



Jasmin bagaimanapun enggan mengambil pusing kritikan netizen dan menganggapnya tidak relevan untuk dipersoalkan.

"Tak kena dekat muka engkau, senanglah kau cakap.

"Mereka senang cakap suruh saya bersabar, tetapi tindakan saya itu bukan bermakna saya sudah hilang sabar.

"Kalau sekali cakap tak jalan, dua kali pun tak jalan, masuk kali ketiga saya ambil tindakan undang-undang saja," katanya yang  berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.



Kasihan pula pada Rohhana apabila Jasmin mendedahkan anaknya itu kini sedang dalam proses untuk pulih dari tekanan perasaan sejak kes dihina tempoh hari.

Difahamkan, Jasmin sebelum ini menyaman tiga individu yang didakwa meninggalkan komen jelek terhadap anak angkatnya itu dengan menyamakan wajahnya seperti bapuk.

Dalam tuntutan itu, Jasmin menuntut mereka membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media dan secara lisan di akhbar dan menarik semula cacian yang dilemparkan.



Bagaimanapun, perkara itu dikatakan sudah diselesaikan di luar mahkamah dengan syarat dan terma tertentu.

Ikut rasa, binasa. Bila dah terkena, baru terasa. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-10-2019 12:22 PM
Lain kali nak kutuk, kutuk dalam hati.. Jangan luahkan.
Quote cikatilia 18-10-2019 12:43 PM
terganggu sgt tgk unta dekat kepala tuh
Quote adelea 18-10-2019 12:45 PM
cikatilia replied at 18-10-2019 12:43 PM
terganggu sgt tgk unta dekat kepala tuh

coppp nak tanya rohanna ni sebenarnya laki ke perempuan ?
#tanya jer

sbb aku x nampak pon kat mana laki nya muka rohanna ni , mmg nampak pompuan tulin jer .. maaf klu saya silap
Quote geenie 18-10-2019 12:48 PM
so, akak tudung hijau tu lah 1 of them yg mengutuk anak angkat acik Jasmin ni?
(berbakul aku kutuk akak tu dlm hati. tak sanggup nak taip)


Quote haryatie 18-10-2019 12:52 PM
buat lg..
suka sgt mengutuk org mendapat laa
Quote ikanmasin 18-10-2019 01:01 PM
itulah mulut tu bercakap dlm hati jer tak bole ke..ni tgn siap jalan
jg mengutuk anak org..berpada2 lah ..
Quote ais_kosong 18-10-2019 01:13 PM
yang dok kutuk orang tu biasanya tak dak lawa tara mana pun
asal boleh kutukkan. ko kutuk ko bayar tuntutan saman la jawabnya (reminder tuk diri sendiri juga).
Quote siputsedut 18-10-2019 01:57 PM
betul..korang tak kena lg...akak aku sampai sekarang tak bercakap dengan ipar duai dia tau sbb anak kak ipar dia panggil anak sedara aku hodoh macam babi..ehhh aku yg mak sedara ni pon mendidih...lagikan mak sendiri...budak tu muka sedih je datang cerita kat mak dia..bdk kecik..ko tau la nnt kot jd low self esteem...pastuh lagi bangang bila sedara mara belah sana dok bela budak kaki buli tu..ckp akak aku sensitif sentap..dengan budak kecik pon ambik hati...eh bahlol ..kaki buli tu dari kecik ni la kita nk kena tegur betulkan perangai kalu tunggu nnt dah tua...haaa jadi mcm kes jasmin hamid ni la..nak kene saman baru buat muka sedih syahdu mintak ampun....
Quote geenie 18-10-2019 02:00 PM
siputsedut replied at 18-10-2019 01:57 PM
betul..korang tak kena lg...akak aku sampai sekarang tak bercakap dengan ipar duai dia tau sbb anak  ...

mak mertua pernah ckp kt bini of our cousin "tak tringin ke nak ada anak berisi bulat2?" anak dia kurus kering persis dia.mkn kuat. tp lasak ya tuhaaannnnn
sampai sekarang ye bini cousin tu klau boleh tak nak bercakap dgn MIL aku tuh...


Quote KIM.K 18-10-2019 02:05 PM
Rohanna ni lagi cantik dari iols. Fotogenik
Si pengutuk tu buta ke muka kepam tak hingat dengan tudung bonggol unta
Rohanna ni mirip sorang menteri cina, elok je mata iols tengok so kudos to her mom for standing up for her family name
Quote cikatilia 18-10-2019 02:12 PM
adelea replied at 18-10-2019 12:45 PM
coppp nak tanya rohanna ni sebenarnya laki ke perempuan ?
#tanya jer

dia nampak tua sbb kurus kot

hahaha
nampak tak aku xfokus muka dia langsung
Quote siputsedut 18-10-2019 02:27 PM
geenie replied at 18-10-2019 02:00 PM
mak mertua pernah ckp kt bini of our cousin "tak tringin ke nak ada anak berisi bulat2?" anak dia  ...

mcm boleh order siap2 dekat tuhan kan..nk anak rupa camane...body camane...
syukur aje lahhh dah budak tu sihat aktif cergas...
Quote LadyCarefree 18-10-2019 02:39 PM
Dia ni bukan menang kes pun tak masok court pun tp yg kena tuduh menggelebah settle luar court
Quote LadyCarefree 18-10-2019 02:40 PM
cikatilia replied at 18-10-2019 11:43 AM
terganggu sgt tgk unta dekat kepala tuh

Mapos ko kena saman dngan unta
Quote BuBuComey 18-10-2019 03:34 PM
Dah kenapa nak suruh dia buat amal jariah plak, yg dia defend anak dia tu pun bkn buat benda tak helok pun
Quote OsHiN_hOnEy 18-10-2019 03:42 PM
geenie replied at 18-10-2019 02:00 PM
mak mertua pernah ckp kt bini of our cousin "tak tringin ke nak ada anak berisi bulat2?" anak dia  ...

ada sorg ni yg shin kenal, mmg mulut dia capoi
tudung labuh sampai ke tumit, mulut kumat kamit baca alquran
dia nmpk baby org tu terjelir2 lidah, dia ckp depan2 mak org tu
"dah mcm ular aku tengok anak ko ni dgn lidah terjelir2
kot kenan ular masa ko mengandung"

padahal yg mengata anak org tu
dia mandul, tak pernah beranak

btw - tak baik lar acik jasmine kata kalo bapok tu jer buruk
sajat dan rizulala tu lawoooo sgt, padahal bapok

and anak jantan acik jasmine pun tak berapa handsome
unlike his half blood kokesen dad kan?
Quote geenie 18-10-2019 03:56 PM
OsHiN_hOnEy replied at 18-10-2019 03:42 PM
ada sorg ni yg shin kenal, mmg mulut dia capoi
tudung labuh sampai ke tumit, mulut kumat kamit ba ...

jgn bezakan budak2 or kutuk budak2. i get offended kalau dgr ada org kutuk budak. benci/nyampah mcm mana pn kt mak pak dia, jgn la benci dia sekali.
jaga2 ye.. sapa kutuk anak sesapa (especially my family) geen tanpa segan silu fire kt situ jugak.
tak kira la org tu lagi tua ke hape.


Quote OsHiN_hOnEy 18-10-2019 04:26 PM
geenie replied at 18-10-2019 03:56 PM
jgn bezakan budak2 or kutuk budak2. i get offended kalau dgr ada org kutuk budak. benci/nyampah mc ...

mungkin dia tak pernah ditakdirkan
ada zuriat mekgeen
tu yg dia takda empati
dia mmg suka dok kata mcm2
anak org kurus kerempeng
hitam berkilat
dahi jendul
dan mcm2 lagi
rambut kerinting negro

for me, shin selalu anggap
org tak sekolah tinggi kot
Quote momopoko 18-10-2019 04:48 PM
siputsedut replied at 18-10-2019 01:57 PM
betul..korang tak kena lg...akak aku sampai sekarang tak bercakap dengan ipar duai dia tau sbb anak  ...

Dari kecik la kena tunjuk ajar. nanti dah tua bangka jadi macam sedara mara tu, normal ejek2 orang.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042522 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top