CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Aturan Tuhan - Pemilik Kereta Uzur Dibantu Selepas Viral

18-10-2019 11:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4595| Komen: 7|Original author: natrahn

Terdahulu, tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuat naik status di Twitter tentang sebuah kereta uzur  atau kereta perang di jalan raya pada 8 September lalu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.


Selepas mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen, Fahmi memadamkan status tersebut disusuli dengan permohonan maaf.

Kredit foto: FB YB Fahmi Fadzil

Tidak berakhir di situ, Fahmi berusaha menjejaki pemilik kereta tersebut kerana merasakan beliau memerlukan bantuan. Dengan bantuan beberapa pihak, akhirnya pemilik kereta itu berjaya ditemui. 

Pemilik 'kereta perang' itu ialah Yap Chi Hoe, 39, bekerja sebagai pemandu lori (bukan pemandu Grab), dan cukup menyayangi haiwan. Ibu bapa beliau sudah tiada. Malah beliau juga tidak mengenali sesiapa bernama ‘Riza Tan’.



Dipendekkan cerita, rupanya Encik Yap mengalami masalah penglihatan. 

"...saya dapati beliau sedang menghadapi masalah penglihatan yang mungkin mengakibatkan kehilangan penglihatan total, dan membuat keputusan untuk mengusahakan bantuan sebaik mungkin.

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana pihak pengurusan Pantai Hospital Kuala Lumpur telah bersetuju untuk membantu secara pro bono sebagai sebahagian dari projek CSR mereka. Doktor pakar mata telah mendapati satu mata beliau mengalami masalah ‘chronic retinal detachment’, dan satu lagi perlu laser," ujar Fahmi menerusi hantaran di Facebook beliau.


Pembedahan itu telah dijalankan pada 15hb Oktober dan Encik Yap dikhabarkan sudah boleh keluar dari hospital sehari selepas itu dan akan menjalani rawatan susulan dari semasa ke semasa.


Fahmi berkata Yap terlibat dalam nahas di lebuh raya apabila keretanya dilanggar sebuah lori dari belakang pada 8 September lalu. Kereta tersebut remuk teruk dan  dianggap ‘total loss’, dan pihak insuran akan membantu beliau sepenuhnya.

“Beliau (Yap) telah menunggu tow truck (penunda kenderaan) dan kerana beliau perlu tepati temu janji, maka telah membuat keputusan untuk tetap memandu kereta yang telah dilanggar lori kontena itu,” katanya.




Setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Aturan tuhan dan rezeki untuk Encik Yap mendapat rawatan mata percuma dan mungkin juga kereta baru.

Terima kasih YB Fahmi kerana keprihatinan anda berkhidmat untuk masyarakat tidak mengira bangsa. - CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-10-2019 12:07 PM
Wahai YB, dekat lembah pantai ni ramai lagi yg memerlukan.. Kau sibuk dgn apek ni..

Sia2 anak muda pantai dalam yg bernazar puasa 3 hari berturut2 undi kau.. Sekarang ni meraih like dekat page najib.. Kalau dapau like byk, dia nak pakai stoking biru.. Cam sial
Quote natrahn 18-10-2019 12:10 PM
Kurex replied at 18-10-2019 12:07 PM
Wahai YB, dekat lembah pantai ni ramai lagi yg memerlukan.. Kau sibuk dgn apek ni..

Sia2 anak mud ...

@Kurex suh anak muda tu pegi pej MP ni...
Quote Kurex 18-10-2019 12:18 PM
natrahn replied at 18-10-2019 12:10 PM
@Kurex suh anak muda tu pegi pej MP ni...

Anak muda tu termasuk sepupu kurex yg 1st time mengundi.. Lepas pru dia post "kami bukan tak mau undi nong chik, nong ching baik suka tolong kami bila susah, tapi kami nak tolak kekejaman kerajaan lama".. Sekarang ni dia dah kembali jalan lurus.. Alhamdulillah.. Tapi sebab korang yg kata nak berubah, nak tolak rasuah sampai pujuk member undi pee esh, la buat kitaorang yg tak undi pee esh ni kena tempias
Quote umbut 18-10-2019 12:27 PM
Kurex replied at 18-10-2019 12:07 PM
Wahai YB, dekat lembah pantai ni ramai lagi yg memerlukan.. Kau sibuk dgn apek ni..

Sia2 anak mud ...

Yb ni kena kutuk haritu terus buat baik ala2 damage control.. choyyy
Quote Kurex 18-10-2019 12:36 PM
umbut replied at 18-10-2019 12:27 PM
Yb ni kena kutuk haritu terus buat baik ala2 damage control.. choyyy

Jangan caya! Sebelum pru lepas, bn ada buat program kelas menjahit, siap ada 20 mesin jahit lagi.. Dia kata, bagus penduduk ni, kumpul duit ramai2 utk program ni.. Lepas tu ketua umno tu kata "ni sumbangan nong chik dari bn".. Terus dia diam..
Quote eizarz 18-10-2019 01:27 PM
Kurex replied at 18-10-2019 12:18 PM
Anak muda tu termasuk sepupu kurex yg 1st time mengundi.. Lepas pru dia post "kami bukan tak mau u ...

celaka betul sepupu kurex tu..haha
Quote Kurex 18-10-2019 02:10 PM
eizarz replied at 18-10-2019 01:27 PM
celaka betul sepupu kurex tu..haha

Lepas dah dicuci kurex atas bawah, sepupu tu suci dan helok

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.051687 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top