Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah, pasti menyedari kos persekolahan yang semakin tinggi. Ini termasuklah yuran, pakaian dan juga alat tulis.
Bagaimanapun, antara yang paling membebankan ialah kos majlis hari graduasi bagi anak-anak yang baru menamatkan tadika atau pra-sekolah. Baru-baru ini seorang ibu, Liyana Nazli telah berkongsi pendapat mengenai kos majlis graduasi pra-sekolah yang dikatakan membebankan kewangan ibubapa. 'Baru-baru ini saya dapat jemputan ke Majlis Graduasi anak yang tamat pra-sekolah hujung tahun ini, urut dada melihat jumlah bayaran yang perlu dibayar ibubapa' luahnya.
Menurut Liyana lagi, majlis itu diadakan di hotel besar dan makanan ditempah menyebabkan kosnya sangat mahal. 'Ini belum kira untuk pakaian bertema, pakaian persembahan, bayaran fotografi professional dan laini-ain, RM300 pun tak cukup' tambahnya lagi. Kerana anak-anak sudah bertungkus lumus untuk berlatih dalam persembahan, kehadiran ibu bapa semestinya wajib untuk tidak mengecewakan mereka. Ramai netizen yang berkongsi sentimen yang sama dengan Liyana. 'Kehadiran ibu bapa wajib, bayangkan kos tambahan jika ada anak Tahun 6 yang juga nak bergraduasi' kata seorang netizen. 'Dulu graduasi Tadika KEMAS, tak sampai RM15, satu keluarga boleh datang' banding seorang lagi ibubapa. 'Entah dari mana budaya bermewah-mewah ni muncul, pelbagai kos tambahan, semakin lama semakin tinggi biaya' kata seorang lagi. Yang pasti, ramai netizen mempersoalkan kos majlis graduasi masa kini yang semakin materialis sedangkan hanya sedikit nilai yang dipelajari daripada penganjuran majlis seperti ini. Apa pula pendapat anda? - CARI |
honeythebee replied at 18-10-2019 03:26 PM
Tadika KEMAS pon dh buat kt hotel zaman skg ni sbb nk bersaing nmpak sama level swasta. Kdg2 bukan k ...
sapeka replied at 18-10-2019 04:03 PM
perlu ke majlis konvo ni untuk tadika , sekolah rendah?
perlu ke?
hala tuju anak tu pon entah kema ...
sapeka replied at 18-10-2019 04:03 PM
perlu ke majlis konvo ni untuk tadika , sekolah rendah?
perlu ke?
hala tuju anak tu pon entah kema ...
sfrnna replied at 18-10-2019 04:50 PM
Sebaiknya masa daftar tu Ada tulis yuran konvo sekian..sekian macam Kat uni. Kan senang lagu tu..kal ...
krustykrab replied at 18-10-2019 04:07 PM
Zaman2 kita dulu sonang je, takde graduasi apo pun...kalau nk sgt graduate masuk kolej, uni...
honeythebee replied at 18-10-2019 05:04 PM
Citer pasal konvo ting 5. Terkejot aku, anak jiran siap amik MUA, photoshoot, beli kasot tumit tin ...
honeythebee replied at 18-10-2019 05:04 PM
Citer pasal konvo ting 5. Terkejot aku, anak jiran siap amik MUA, photoshoot, beli kasot tumit tin ...
honeythebee replied at 18-10-2019 04:55 PM
Aku pon x tawu sape gatal2 mulakan tradisi ni..
ADVERTISEMENT