CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Youtuber Malaysia Paling Sampah' - Kerana Video Berunsur Lucah, Alieff Irfan Dikecam Netizen

18-10-2019 11:22 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 14316| Komen: 43|Original author: Sang_Pencinta

Pada masa kini, semakin ramai golongan muda berlumba-lumba untuk memiliki saluran Youtube sendiri. Golongan Youtuber ini kemudian berlumba-lumba untuk menarik pengikut jadi masing-masing cuba cenderung untuk memuatnaik kandungan video yang mampu mendapat tontonan terbanyak.


Kredit foto: Twitter


Sehinggakan, ada di antara mereka yang sanggup menerbitkan video yang tidak mempunyai mesej selain tidak ada unsur mendidik sehingga dilabel 'sampah'. 

Salah seorang daripadanya ialah Alieff Irfan.

Baru-baru ini seorang penceramah pendidikan seks, Akhi Fairuz menegur video-video yang dikeluarkan oleh Youtuber itu.


Kredit foto: Twitter



'Youtuber paling sampah di Malaysia jatuh kepada Alieff Irfan' tulis beliau di Twitter.

Menjelaskan kenyataannya, beliau berkata Alieff Irfan sering memuatnaik video lawak berunsur lucah dan seks atau softporn. Beliau juga dikatakan sering menggunakan watak perempuan untuk memancing penonton.

'Sesiapa yang membangunkan kandungan lucah layak disampahkan, ini bukan teguran yang bertama, jika dilihat di videonya, beribu nasihat netizen tetapi tidak diendahkan, selayaknya disampahkan' kecam penceramah itu lagi.


Kredit foto: Youtube


Kritikan Akhi Fairuz terhadap Youtuber itu disokong penuh oleh netizen.

'Content dia banyak unsur lucah dan sek.s, jadi jangan tengok video dia' kata seorang netizen.

'Kawan anak-anak, hadkan apa yang ditonton di Youtube' kata seorang lagi.


Kredit foto: Youtube


Kredit foto: Youtube


'Saya dah lama perhatikan, dia guna perempuan untuk pancing viewers' tambah seorang lagi.

'Tak tahu kenapa pelakon wanita sanggup dipergunakan, content pervert' kata seorang lagi netizen.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter


Bagaimanapun, sejurus selepas status Twitter tersebut, Youtuber Alieff Irfan kemudian muncul dan memohon maaf.

'Semua orang buat silap, saya kini sedar, saya minta maaf, InsyaAllah saya akan perbaiki' katanya. 

Beliau juga turut berterima kasih atas teguran dan nasihat netizen.


Kredit foto: IG


Persoalannya, sejauh mana permohonan maaf itu akan mengubah kandungan lucah dalam video Youtube beliau? Atau adakah ini hanya sekadar janji kosong? - CARI

5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Cumi2


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-10-2019 11:33 AM
Yg sampah cuma utk sampah.. Kurex suka tengok nuke's top 5..
Quote orgsepang 18-10-2019 11:41 AM
Selagi dia tak padam video tu jangan percaya dia dah insaf. Pihak berkuasa tak boleh ambil tindakkan ke?
Quote Acikgomen 18-10-2019 11:59 AM
Pemes keh heshe
Baik acik layan si pondan young dro tuh
Mengilai2 haku dgn reaksi dia tgk mail jani nari
Quote Cumi2 18-10-2019 12:00 PM
Aku tgk pun malu
Quote syadq 18-10-2019 12:02 PM
Content sampah ni banyak buat duit kot.
Quote buragazz 18-10-2019 12:37 PM
Aku suka layan lepak corner yang budak singapore dua orang tu...
Quote matchstick 18-10-2019 01:16 PM
natizen yg menonton nya pun kira yg tergolong dalam kategori lembu, kambing, keldai, babi bak kata yassin tu kot
Quote matchstick 18-10-2019 01:18 PM
halal ke income dapat hasil drpd buat video lucah gitu...baik makan babi je dek
Quote Asdan 18-10-2019 03:26 PM
'
rasuah pun ramai suka, apa la setakat sampah, betul tak ?
Quote Asdan 18-10-2019 03:28 PM

sampah pun ramai suka, kalau masyarakat suka sampah, sampah yg dihidangkan, betul tak ?
Quote bungarose 18-10-2019 03:38 PM
Saper mamat nih..
Quote Artemesiaa 18-10-2019 03:47 PM
Tak minat nak layan Youtube merapu2
Quote kucingitam 18-10-2019 04:28 PM
dia buat video caner..sll tgk you tube video muzik retis2 je..yg sampah2 buat video papebenda kosser sgt aku nak tgk..

risau juga la sbb anak rajin layan video lawak2 pe benda kat youtube tu
Quote renko 18-10-2019 04:49 PM
nanti kang pentaksub dia meroyan
sskjp
Quote crazybeach 18-10-2019 06:09 PM
sedangkan hajbil yang semedang kuang hajar berlawak lalucah tu helok jah keluar tv tetiap minggu. masih aman jah bak kata buk hetty ahak ahak
Quote gideoncross 18-10-2019 07:13 PM
Kurex replied at 18-10-2019 11:33 AM
Yg sampah cuma utk sampah.. Kurex suka tengok nuke's top 5..

"Is it real or just an elaborate hoax? U decide".

Quote gideoncross 18-10-2019 07:16 PM
buragazz replied at 18-10-2019 12:37 PM
Aku suka layan lepak corner yang budak singapore dua orang tu...

Iol prnh tngok dorg lakonkan balik cara2 makcik2 yg suka crita bnda2 lain time majlis tahlil lol.

Quote Kurex 18-10-2019 07:18 PM
gideoncross replied at 18-10-2019 07:13 PM
"Is it real or just an elaborate hoax? U decide".

Layan jugak ke?? Best kan channel tu
Quote salmon-suki 18-10-2019 08:43 PM
Sapa diaa ni?asal aiolzs xkenal pun dia nih?

Mujur ler xde plak rekemen kt utube aiolzs..y ada pun syahmie tu jelaa..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.041625 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top