Adegan makan-makan
Oh, adegan makan-makan adalah babak wajib dalam setiap drama Melayu. Selain memaparkan watak-watak drama sedang makan di restoran mahupun di rumah, namun apa yang paling menjengkelkan, penonton juga sering dipaparkan dengan adegan watak drama yang menolak untuk makan makanan yang sudah sedia terhidang dengan alasan sudah kenyang atau sudah terlewat ke tempat kerja. Pernah tak anda tertanya-tanya
siapakah yang akan menghabiskan semua makanan tersebut sedangkan watak watak berasal dari keluarga kecil? Haish, membazir betul! Adegan watak bersama kenderaan yang dinaiki Watak utama sering dipaparkan memandu kenderaan sendiri walau tinggal di bandar besar sedangkan dia adalah golongan marhein yang bekerja biasa sahaja. Mengapa tidak memilh pengangkutan awam yang tersedia? Jarang-jarang dipaparkan watak utama menaiki keretapi ataupun bas untuk ke tempat kerja. Manakala, watak utama yang dari golongan kaya sudah tentu memandu kereta sport mewah bagi golongan muda dan bagi yang berpangkat Datuk dan CEO sudah tentu dipandu oleh pemandu peribadi dengan BMW atau Mercedes Benz. Adegan memandu laju bila frust dan akhirnya kemalangan Ha ni lagi satu! Selalunya, watak utama atau watak antagonis yang bengang selepas bergaduh akan terus memandu laju tak ingat dunia entah nak ke mana dan akhirnya bila tiba di selekoh kereta yang dipandu pun terbabas dan terbalik. Akhirnya, watak tersebut akan mati ataupun kalau masih hidup pasti akan hilang ingatan atau lebih tragis menjadi lumpuh. Adegan watak perempuan naif
diserang watak antagonis Ini sering terjadi apabila berlakunya perebutan lelaki antara dua wanita sehingga menyebabkan wanita yang naïf diserang oleh watak antagonis dan selalunya dipaparkan sebagai seorang wanita yang gedik. Pastinya ia menyebabkan penonton menyampah. Hakikatnya inilah drama Melayu. Formula dan template yang sama diulang-ulang sehingga menghasilkan lambakan drama tidak berkualiti. Adakah anda bersetuju dengan adegan-adegan tipikal yang disenaraikan di atas? - CARI |
rayray28 replied at 19-10-2019 09:33 AM
Yg akan habiskn makanan tu crew la hahahaaa
sarah82 replied at 19-10-2019 09:44 AM
Aku dah lama x tgk drama melayu.. Hahaha.. Ada la dlm 5-6 tahun.. Aku kalau tau pun sbb clip2 kat ig
seulgi replied at 19-10-2019 09:44 AM
Kalau watak perempuan kampung mesti pakai baju kurung atau kain batik naik basikal keliling kampung. ...
stinger79 replied at 19-10-2019 09:45 AM
Scene atas ranjang nak tidur...dgn tudung penuh ....only drama melayu khenn?
And worst, dgn 'suam ...
stinger79 replied at 19-10-2019 09:51 AM
You are not missing anything...not too worry....anyway takda soklan kubur berlatarbelakangkan prog ...
mamasaffiya replied at 19-10-2019 09:54 AM
Nk tdo make up tebal.
X boleh ke scene mcm tu xyah makeup
URUHA replied at 19-10-2019 09:55 AM
Kalau dating lak manjang g makan kt restoren mewah / hipster. Bosan hokeyh! G la dating kt zoo ke, g ...
mamasaffiya replied at 19-10-2019 09:54 AM
Nk tdo make up tebal.
X boleh ke scene mcm tu xyah makeup
URUHA replied at 19-10-2019 09:57 AM
Even waktu solat pn mekap chuols. Waddafish sgt
sarah82 replied at 19-10-2019 09:56 AM
Sapa ckp soalan kubur ada kaitan dgn drama TV..
ADVERTISEMENT