Mujur keadaan kesihatan kurang baik menyukarkan warga emas meneruskan hasrat untuk cuba membunuh diri. Ketika itulah anggota bomba mengambil kesempatan untuk memujuk lelaki itu dan mematahkan niatnya.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Jambatan Sungai Kim Kim, petang semalam. Menurut Pegawai Bomba Kanan II, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Yusri Atan di Pasir Gudang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung seorang lelaki berusia 63 tahun cuba terjun di jambatan berkenaan. Sejurus dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 4.18 petang, lapan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi. Anggota dikatakan mengambil masa 15 minit untuk menenangkan warga emas yang mendakwa mempunyai masalah keluarga itu. “Disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik akibat penyakit pundi kencing, warga emas itu tidak mampu melangkah pada bahagian penghadang jambatan.
“Ketika itu jugalah anggota cuba merapati dan memberikan kata-kata nasihat supaya tidak melakukan perbuatan seperti itu,” katanya. Anggota kemudian menghantar lelaki berkenaan pulang ke rumah anaknya kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian. - CARI
|
prizadane replied at 18-10-2019 08:53 AM
63 muda lagi yach. Kenapa berita panggil atok? Aku assume atok untuk 70 n above, baru sesuai. Ye, wa ...
ADVERTISEMENT