Jika sebelum ini negara kecoh dengan majlis konvokesyen Universiti Malaya (UM) yang dicemari dengan aksi protes salah seorang graduannya, kali ini pentas konvokesyen UM sekali lagi 'bergegar'.
Menerusi ciapan Twitter Izhar Fahmie, didapati para pelajar dari Fakulti Kesenian Dan Kebudayaan, UM mempersembahkan keunikan tersendiri apabila setiap graduan mempersembahkan gerak tari masing-masing sewaktu menaiki pentas untuk mengambil skrol.
"Kan seronok macam ini. Nak viral pon best. Ini angkat manila card. Mesti lonely kanda rasa." "Menarik gila.. Boleh kot amek kos ni nanti." "Eh! Comel lah dorang menari." Antara komen netizen pada video tersebut. Walaupun ada juga segelintir netizen yang mengecam aksi-aksi graduan itu yang dianggap biadab, namun penulis difahamkan yang aksi ini merupakan tradisi fakulti tersebut pada majlis konvokesyen UM pada setiap tahun.
Best juga ambil kursus tarian di sana kan? Dah tentu gambar konvo nanti nampak lebih gempak dan unik! - CARI |
batmana: buang masa, abis fakulti lain kene pamerkan atas pentas, mau makan masa 10 jam nak abisyg belajar elektrik , bole bawa suis lampu , kabel , multimeter ...
batmana: buang masa, abis fakulti lain kene pamerkan atas pentas, mau makan masa 10 jam nak abisyg belajar elektrik , bole bawa suis lampu , kabel , multimeter ...
ADVERTISEMENT