Seorang lelaki nekad memfailkan saman terhadap Istana Buckingham selepas mendakwa dirinya adalah pewaris takhta yang sah keluarga Diraja Britain. Memetik Mirror, lelaki itu mendakwa neneknya menjalin hubungan sulit dengan Raja Edward VIII. Francois Graftieaux, 73, dikatakan pernah memohon sampel DNA daripada Ratu Elizabeth II sebanyak dua kali, tetapi permintaannya itu tidak dilayan. Kata Graftieaux, keluarganya digugurkan daripada susur galur keturunan Diraja pada awal 1900-an berikutan perhubungan terlarang itu.
Dakwanya, bapanya, Pierre-Edouard merupakan anak hasil hubungan neneknya, Marie-Leonie Graftieaux, seorang tukang jahit Perancis dengan Prince of Wales ketika itu. Bagaimanapun, Graftieaux mendakwa Pierre-Edouard tidak pernah menaiki takhta selepas Raja ketika itu melepaskan kuasanya kerana mendapat tekanan hebat daripada keluarga Diraja dan Kerajaan British. Keadaan itu menyebabkan keluarganya hilang tanah, gelaran dan kekayaan membuat dia nekad memaksa keluarga Diraja memasukkan nama neneknya ke dalam buku sejarah. Di bawah undang-undang negara itu, keluarga Diraja tidak boleh didakwa di bawah undang-undang jenayah dan tidak disaman melalui mahkamah sivil. Graftieaux bagaimanapun yakin istana Buckingham boleh dikenakan tindakan sivil. Namun, lelaki itu menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berminat jika ditawarkan pampasan ganti rugi. Sebaliknya, dia hanya mahu sejarah keluarga Diraja itu diubah bagi mencerminkan kedudukan keluarganya dalam keturunan keluarga diraja Britain. Katanya, dia dan bapanya sekurang-kurangnya diiktiraf sebagai bangsawan. "Sebagai waris terakhir keluarga Graftieauxs, saya akan melakukan apa sahaja tindakan yang boleh dan perlu diambil untuk melindungi warisan kami selain memberi kesedaran tentang salah satu skandal seks Diraja," ujarnya. Difahamkan, Graftieaux yang kini tinggal di Portugal menulis surat kepada Istana Buckingham buat kali ketiga pada minggu ini. Jika permintaan terakhir ini diabaikan juga, dia mungkin mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa siasatan di bawah peruntukan Akta Hak Asasi Manusia. - CARI
|
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:37 PM
percayalah, benda yg sama akan terjadi untuk takhta Kelantan dimasa akan datang..
sarah82 replied at 17-10-2019 12:39 PM
Wakakaka.. Kejadah.. Edward III sendiri tak pernah iktiraf.. Mmg ada kes anak luar nikah jadi Raja k ...
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:40 PM
30-50 tahun akan datang benda sama akan jadi kat kelantan..
sarah82 replied at 17-10-2019 12:44 PM
Kelantan ni lain sikit setiap 3-4 sultan dari keluarga yg sama akan beralih kuasa pada keluarga la ...
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:48 PM
lain skit pn ada 1001 cara depa boleh buat kalau nak claim. tapi mmg yakin benda ni akan jadi gak. ...
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:40 PM
30-50 tahun akan datang benda sama akan jadi kat kelantan..
sarah82 replied at 17-10-2019 12:51 PM
Sebenarnya bini tu nak malukan sultan saja.. Hahahahaaha.. Dia pun tak yakin.. Kalau dia yakin why ...
Mfzg89 replied at 17-10-2019 12:59 PM
Tapi rasanya cara terbaik sultan x boleh terus berdiam diri gak.buat je DNA, jgn sampai si budak t ...
cmf_premierleag replied at 17-10-2019 01:16 PM
tajuk Malaysia news lagi 50 tahun akan datang :
Tengku Leon Petra Nak Saman Istana Telipot Kota B ...
jalfa replied at 17-10-2019 02:17 PM
Lawak seh perihal abe gong..tp edward III tu hensemnya lahai...agaknya leon akan jadi kegilaan anak ...
ADVERTISEMENT