CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asal Usul Halloween Yang Mungkin Ramai Belum Tahu

21-10-2019 11:16 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 5435| Komen: 31|Original author: Pink Lily

Halloween mungkin kelihatan sebagai satu perayaan yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Namun, tahukah anda perayaan ini sebenarnya berasal daripada festival keagamaan 'Samhain', yang disambut oleh golongan pagan (dikenali sebagai 'Celts') sebelum kedatangan agama Kristian di Eropah, 2000 tahun dahulu? 



Sumber: muis.org.my
Festival yang disambut pada malam 31 Oktober ini diraikan oleh golongan Celts yang percaya bahawa mereka yang meninggal akan kembali ke dunia pada hari Samhain. Pada malam tersebut, mereka akan menyalakan unggun api, menawarkan korban dan memperingati mereka yang telah meninggal dunia. 

Pada hari perayaan Samhain, sesetengah penduduk memakai kostum yang diperbuat daripada kulit haiwan untuk menghalau kehadiran makhluk halus dan menyediakan makanan di luar rumah bagi menenangkan kehadiran roh yang tak diundang. 


Halloween kini menjadi satu trend perayaan komersial di seluruh dunia. Sumber: Fee.org

Budaya ini diteruskan pada abad seterusnya apabila orang ramai mula memakai pakaian menyerupai hantu, syaitan dan makhluk lain, sambil membuat aksi-aksi pelik sebagai ganti untuk makanan dan minuman. Budaya inilah yang dipercayai menjadi asal-usul kepada aktiviti 'trick-or-treat' yang diamalkan kini. 

Pada abad ke-9, agama Kristian tersebar meluas di kalangan golongan Celtics dan berasimilasi dengan budaya pagan. Gereja-gereja turut menjadikan 2 November sebagai 'Hari Roh Sedunia', hari untuk memperingati mereka yang telah meninggal. Sambutannya di England menyerupai perayaan golongan Celtics pada hari Samhain, lengkap dengan unggun api dan topeng-topeng. 

Poskad kanak-kanak sewaktu sambutan Halloween pada awal abad ke-20. Sumber: History.com


Orang-orang miskin akan ke rumah golongan yang kaya untuk mendapatkan kuih yang dinamakan 'kek semangat' dan sebagai ganti, mereka berjanji untuk mendoakan roh ahli keluarga tuan rumah yang telah meninggal dunia. Budaya yang dikenali sebagai 'Souling' ini kemudiannya diteruskan oleh kanak-kanak, yang akan pergi dari rumah ke rumah untuk meminta hadiah seperti makanan, duit atau minuman. 

Di Scotland dan Ireland, orang-orang muda mengambil bahagian dalam tradisi yang dipanggil sebagai 'Guising', memakai kostum dan menerima pemberian daripada rumah-rumah lain. Namun begitu mereka tidak akan mendoakan untuk si mati, tetapi mereka akan menyanyikan lagu, mempersembahkan puisi, membuat lawak atau mempersembahkan trik lain sebelum mendapat habuan yang biasanya terdiri daripada buah, kekacang atau syiling. 

Kanak-kanak memakai kostum untuk Halloween di Jersey City, New Jersey. Sumber: Reddit.com

Nah, sebab itulah orang Islam tidak sepatutnya merayakan hari Halloween kerana menurut mufti, perayaan ini berasal daripada agama penyembah berhala, mempunyai unsur kait dengan agama lain dan mempunyai unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Wallahualam.- CARI 
5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • yeos


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 11:44 AM
Good article, keep it up
Quote sharlenetexas 21-10-2019 11:59 AM
Labu yg diukir tu kena buang ke lepas halloween? Iols rasa kat malaysia ni labu mahal. Buat membazir je.
Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 12:28 PM
good good.. harapla retis meleis baca... sibuk celebrate halloween smbil berslutty custome.. hehehehe
Quote sapeka 21-10-2019 12:57 PM
Yang muslim sibuk terhegeh hegeh meraikan
Quote RatuDunia94 21-10-2019 01:35 PM
Xde bebenang khas kah rwtis malaysia sambut halloween party? Selalunya retis2 malasia yg terlebih over mengalahkan kokesen..
Quote supernaturalee 21-10-2019 01:55 PM
heidi klum pny fesyen utk hallloween mmg gila lh
all out


Quote CinnamonR 21-10-2019 02:22 PM
Skang ni sesetengah org yg feeling2 urban sibuk nk bawa budaya ni kat malaysia..{:faint
Quote Lolalala 21-10-2019 03:15 PM
Kecewa bila Didi & Friend pun pandai dah buat lagu sempena haloween ni
Quote kucingitam 21-10-2019 04:34 PM
Lolalala replied at 21-10-2019 03:15 PM
Kecewa bila Didi & Friend pun pandai dah buat lagu sempena haloween ni

ada ke? lagu apa eh?

Quote Sangkar_Emas7 21-10-2019 04:35 PM
kbykn budak urban skrg..ramai yg sambut. dgn alasan sbb tadika pon sambut haloween ni. sedih la...
Quote Lolalala 21-10-2019 09:23 PM
kucingitam replied at 21-10-2019 04:34 PM
ada ke? lagu apa eh?

Search Didi & friend Zombie song. Walaupun x de laa tunjuk haloween tapi keluar masa musim haloween kan.
Quote Perawankota 21-10-2019 11:39 PM
Ermmm.... {:teatime
Quote ichaliza 22-10-2019 08:12 AM
byk lg hari kebesaran islam yang bole kita hayati dan ajarkan pada anak2 kita...kenapa nk sibuk dgn perayaan agama lain...
Quote seramado 22-10-2019 09:39 AM
Ptt share kt ig artis
Quote polluxsstar 22-10-2019 11:47 AM
Sangkar_Emas7 replied at 21-10-2019 04:35 PM
kbykn budak urban skrg..ramai yg sambut. dgn alasan sbb tadika pon sambut haloween ni. sedih la...

serius??
tadika mana tu??


Quote Sangkar_Emas7 22-10-2019 11:58 AM

try tengok ig anak Awal, Alana...rasa last year dia ade celebrate, Awal hntr pergi sekolah pakai kostum.


Nak tepek gambor...tak reti plak.


Quote Artemesiaa 22-10-2019 12:06 PM
Tiap tahun pasti ada article macam ni bila nak Halloween
Quote polluxsstar 22-10-2019 12:16 PM
Sangkar_Emas7 replied at 22-10-2019 11:58 AM
try tengok ig anak Awal, Alana...rasa last year dia ade celebrate, Awal hntr pergi sekolah pakai k ...

oooooohhhh
I goggle tadi
Alana sekolah kt Cempaka School ehh?
International School gituu...

Hmm x tahu la apa syllabus International School cmni utk kids bawah 7 thn

Quote uori 22-10-2019 02:55 PM
seumo hidup aku tak pernah makan labu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037402 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top