CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Jawa Dihukum Gantung

8-10-2013 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3676| Komen: 23


GEORGETOWN - Empat lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 10.74kg methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 17.36kg ketamine, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Dwi Suprianto Mei, 45, Fredy Hermawan, 42, Andy Paksi, 40, dan Indra Mulyadi, 42, tidak boleh dipercayai, bersifat penafian dan rekaan semata-mata.

"Mahkamah berpuas hati dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan gagal mematahkan kes pendakwaan. Justeru, keempat-empat tertuduh didapati bersalah dan digantung sampai mati," katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah itu di sebuah rumah beralamat 243, Jalan Batu Ferringhi dekat sini pada 9.30 malam, 27 Oktober 2009.

Dadah itu ditemui sepasukan polis yang menyerbu rumah berkenaan yang dipercayai makmal memproses dadah terbesar di Pulau Pinang.

Keempat-empat lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim, Dwi Suprianto dan Andy Paksi diwakili peguam Ranjit Singh Dhillon manakala Fredy Hermawan dan Indra Mulyadi diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peYno 7-10-2013 05:54 PM
Asal johor ke tu
Quote itik_kuning 7-10-2013 05:54 PM
mereput la kau jowo dalam penjara
Quote PostBanhammer 7-10-2013 05:56 PM
Woi panjang nye nama dadah.
Quote Kerêta_Angin 7-10-2013 06:33 PM
bukan jawa...tapi cina indo. nama org cina indo seperti Rudy hartono, Basuki cahya purnama/ahok etc..
Quote peYno 7-10-2013 06:35 PM
Kerêta_Angin posted on 7-10-2013 06:33 PM
bukan jawa...tapi cina indo. nama org cina indo seperti Rudy hartono, Basuki cahya purnama/ahok etc. ...

Kalau nama jawa johor since 2013 camne?
Quote kucingTomey 7-10-2013 06:36 PM
PostBanhammer posted on 7-10-2013 05:56 PM
Woi panjang nye nama dadah.

tu la pasal....letak ecstasy  sudah.....buat sedap manjang sokkabar  ni

Quote Kerêta_Angin 7-10-2013 06:52 PM
peYno posted on 7-10-2013 10:35 AM
Kalau nama jawa johor since 2013 camne?

wah..saya kurang tahu.. sy rasa anda lebih tahu kot...
Quote purpledesire 7-10-2013 07:57 PM
bagus lah..kurang sket pengedar dadah kat negara nie..
Quote dauswq 7-10-2013 08:20 PM
padan muka indon
Quote Firaaz 7-10-2013 08:54 PM
Daser caprut!


Quote roblucci 7-10-2013 09:07 PM
mmg nama jawa macam tu
Quote tobby 7-10-2013 09:20 PM
gantung la di khalayak ramai klu berani.
Quote Decaffeinated 7-10-2013 09:33 PM
Kerêta_Angin posted on 7-10-2013 06:33 PM
bukan jawa...tapi cina indo. nama org cina indo seperti Rudy hartono, Basuki cahya purnama/ahok etc. ...

aku pun memula terfikir dan nak tulis benda yag sama but on second thought, TT mungkin ada issue dgn orang jawa kot (not indon, jawa) so let him...


Quote Decaffeinated 7-10-2013 09:36 PM
roblucci posted on 7-10-2013 09:07 PM
mmg nama jawa macam tu

yang aku perasa nama jawa banyak huruf 'o'

yang ala2 hybrid ni (Dwi Suprianto Mei, 45, Fredy Hermawan, 42, Andy Paksi, 40, dan Indra Mulyadi, 42) banyak cina atau (sometimes jawa urban)



Last edited by Decaffeinated on 7-10-2013 09:37 PM

Quote SulurBidar 7-10-2013 09:38 PM
Syukur Alhamdulillah!!!

Tahniah polis!

Tahniah pendakwaraya!
Quote roblucci 7-10-2013 09:41 PM
Decaffeinated posted on 7-10-2013 09:36 PM
yang aku perasa nama jawa banyak huruf 'o'

yang ala2 hybrid ni (Dwi Suprianto Mei, 45, Fredy He ...

Susi Susanti,Rudi Hartono,Titiek Puspa dan Alan Budi Kusuma pun cina
Quote Decaffeinated 7-10-2013 09:50 PM
roblucci posted on 7-10-2013 09:41 PM
Susi Susanti,Rudi Hartono,Titiek Puspa dan Alan Budi Kusuma pun cina

yup.

ada orang kita yang masih ingat asal indon tu jawa. macam juga asal indian tu Tamil. Now ramai dah exposed pada Batak, Lombok segala but the stereotype masih tebal.

this is no less ignorant than some Americans who think all Asians are Chinese.

Quote Kerêta_Angin 8-10-2013 12:00 AM
Decaffeinated posted on 7-10-2013 01:36 PM
yang aku perasa nama jawa banyak huruf 'o'

yang ala2 hybrid ni (Dwi Suprianto Mei, 45, Fredy He ...

nama org Jawa ni ada bermacam2...(dek kerna byknya umat)ada yg jelas nama jawanya seperti siswono,tukiman,samingan,sujiwo tejo...

ada yg namanya seperti abdul hamid,muhammad nuh,abdullah..

ada pula seperti nama2 indra permana,radar panca dahana..

tapi kalo org jawa pujakesuma
nama mereka udah berbelang2...   
Quote Kerêta_Angin 8-10-2013 12:02 AM
Decaffeinated posted on 7-10-2013 01:50 PM
yup.

ada orang kita yang masih ingat asal indon tu jawa. macam juga asal indian tu Tamil. Now r ...

indonesia itu ada ratusan suku bangsa/ethnics(tak pasti berapa)...org pulau flores yg kalo di luar lebih dikenal sbg orang"flores" sahaja, sebenarnya terdiri pelbagai suku seperti manggarai,nagekeo,larantuka etc..

begitu juga org papua, terdiri atas banyak suku...yg setiap suku saling tak paham bahasa masing2...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.106019 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top