Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mencipta rekod baharu dengan mengadakan 'sidang media maraton' selama 14 jam, sekali gus menjadikannya yang paling lama di dunia setakat ini. Memetik laporan Euronews, bekas pelakon komedi itu memulakan sidang media tersebut pada 10 Oktober lalu, pukul 10 pagi waktu tempatan dan berakhir sejurus selepas tengah malam keesokannya. Acara itu diadakan di sebuah medan selera di Kiev dengan sekumpulan wartawan mengemukakan soalan secara bergilir-gilir kepada Zelensky yang baru dipilih sebagai Presiden Ukraine. Menurut jurucakap Zelensky, Iuliia Mendel, seramai 300 wartawan tempatan dan asing bertanya kira-kira 500 soalan dalam sidang media itu.
Selepas lapan jam sidang media berlangsung, seorang wakil dari Agensi Rekod Kebangsaan Ukraine berdiri untuk mengumumkan rekod baharu yang dicatatkan itu. Rekod sebelum ini dipegang oleh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko yang mengadakan sidang media selama lebih tujuh jam. Walau bagaimanapun, Zelensky yang berusia 41 tahun kelihatan terkejut dengan pengumuman itu dan menyatakan beliau tidak gemar dengan anugerah kerana lebih suka 'merendah diri'. Beliau telah membuat persediaan untuk acara yang dijangka memakan masa yang panjang itu dengan mengambil suntikan untuk menguatkan peti suaranya. Sepanjang sidang media, Zelensky menjawab pelbagai soalan tentang timur Ukraine, hubungan dengan Rusia dan perbualan telefon dengan Donald Trump yang menyebabkan parti Demokratik memulakan prosiding pendakwaan terhadap Presiden Amerika Syarikat itu. Rekod yang dicatatkan oleh Zelensky itu belum disahkan oleh mana-mana badan dunia. - CARI |
ultra78: Harap PM ke 8 boleh pecah rekod itu
bakingsoda replied at 16-10-2019 12:49 PM
ada tak rekod dunia kerajaan paling banyak tunaikan janji pilihanraya
ADVERTISEMENT