"Minta maaf, makcik masih trauma." Fatimah Latiff, 61 ibu kepada Norfazera Bidin, 27 yang menjadi mangsa bunuh kerat lapan bersama anak lelakinya yang berusia 11 tahun nyata dalam keadaan trauma selepas kejadian menimpa anaknya.
“Keluarga sebelah Singapura belum ada call (telefon) atau datang. Makcik masih dalam keadaan trauma, darah tinggi pun naik mendadak selain mengidap kanser tahap tiga. “Maaf ya, kalau ada apa-apa boleh hubungi anak makcik, tapi sekarang dia tiada, sebab ke balai polis untuk urusan kes ini. Ini pun tiba-tiba badan makcik menggigil,” katanya kepada Harian Metro. Ia merupakan kali pertama ibu mangsa dihubungi pihak media sejak kejadian menimpa anaknya pada 10 Oktober lalu.
Manakala, anak keduanya, Munirah masih belum bersedia ditemui pihak media kerana sedang mengutamakan menyempurnakan jenazah adiknya. Ini termasuklah mencari bahagian tangan yang masih hilang. Terdahulu, mangsa dilaporkan dibunuh di rumahnya bersama anak lelakinya sebelum mayat mereka dikerat dan dicampak di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong. - CARI |
Kurex replied at 15-10-2019 07:04 PM
Melayu singpura memang macam ni ke
salmon-suki replied at 15-10-2019 07:31 PM
Hrp reputzs dptkn statement drpd org lain je..tlg jgn ganggu macik ni..pegi ganggu family belah jant ...
xtahumenahu replied at 15-10-2019 07:41 PM
Btol..iols nak tgk..ada kekesalan x pada family syaitan tu n syaitan tu sendiri
Eric.n9 replied at 15-10-2019 07:11 PM
Please considerate la skit wahai reputz, gigih sgt nak interview kot. Awal sangat lagi.
ADVERTISEMENT