“I’m a survivor (berjuang melawan kanser)." Itulah yang dikatakan oleh isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Memetik laporan Harian Metro, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 93 tahun. “(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil. “Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan),” katanya. Katanya lagi, keputusan biopsi mengesahkan ketumbuhan itu adalah kanser.
“Doktor lakukan biopsi pada Sabtu, keputusan diperoleh pada Isnin tetapi sepanjang tempoh itu saya tidak langsung memberitahu suami kerana tidak mahu mengganggunya, dia sibuk kerja. “Apabila dia (Dr Mahathir) tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel, cuma dia risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya. “Saya masuk wad, empat hari selepas itu iaitu pada Jumaat, (dan) Sabtu saya dibedah untuk keluarkan ketumbuhan kecil berkenaan. Pada Ahad, saya keluar wad,” tambahnya. - CARI
|
mybarbie replied at 15-10-2019 06:23 PM
Berita ni tergantung ni...
“I’M a survivor (berjuang melawan kanser),” kata isteri Perdana Me ...
Malaysia.Doom replied at 15-10-2019 05:53 PM
Ketumbuhan je tu...bukan cancer...propa je nenek ni
Boomibulat replied at 15-10-2019 06:30 PM
Ye ms tu metro tulis berita penuh akn menyusul..
scorpionkiki replied at 15-10-2019 06:35 PM
Yalah...org kerja ladang mcm hang lagi pandai dr dia yg jd antara doktor terawal tanah melayu
Malaysia.Doom replied at 15-10-2019 06:59 PM
Ketumbuhan dengan cancer pun Tak reti beza.
Tak payah jadi Doktor pun boleh tahu beza.
SummerAutumn replied at 15-10-2019 07:24 PM
Kanser ada 2 jenis. Benign & malignant. Utk kes tun siti, mungkin she had benign type, that’s why b ...
ADVERTISEMENT