CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyaris Kena 'Anu', Matador Kritikal Ditanduk Lembu

15-10-2019 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4014| Komen: 25

Seorang matador kini parah selepas ditanduk lembu di pangkal pahanya.

The Sun melaporkan, kejadian berlaku ketika Gonzalo Caballero menyertai satu pertandingan di gelanggang terbesar Sepanyol, Las Ventas di Madrid pada Sabtu.



Kredit foto: The Sun

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 27 tahun itu yang juga teman lelaki kepada anak saudara Raja Sepanyol itu hampir menamatkan perlawanannya sebelum lembu itu tiba-tiba bangkit dan menyerangnya.

Kejadian itu turut disaksikan teman wanitanya, Victoria Federica, 19, anak saudara kepada Raja Felipe VI.


Kredit foto: Lecturas


Dapat dilihat lembu itu menyerang mangsa bertalu-talu selepas serangan pertama menyebabkan Caballero terlambung ke udara.

Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di pangkal pahanya.


Kredit foto: The Sun

Caballero dipindahkan ke hospital di San Francisco selepas menerima rawatan selama dua jam di rumah sakit gelanggang berkenaan.


Kredit foto: The Guardian

Mangsa yang dalam keadaan kritikal itu dikatakan baru saja kembali ke arena selepas pulih dari kecederaan akibat ditanduk lima bulan lalu. - CARI


5

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • nabyha


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 15-10-2019 01:09 PM
Fuhhh... Nasib baik tak kena kat boboy. Kalau tak, tak merasa la jadi kerabat nanti
Quote Kurex 15-10-2019 01:26 PM
Handsomeeeeeeeeenyeeeeeeeee
Quote sehirkedi 15-10-2019 01:26 PM
Padan muka heols. Birah sangat membunuh haiwan yg tiada dosa. Harap heols mampus saja lah.
Quote Eric.n9 15-10-2019 01:30 PM
Berenti lah jadi matador, dua kali dah kena tanduk dlm jarak masa setahun.
Quote Boomibulat 15-10-2019 01:58 PM
Telur di hujung tanduk lembu..
Quote prettyuglybabe 15-10-2019 01:59 PM
selayaknya la..
Quote fliphair8 15-10-2019 02:12 PM
ape le salah lembu tu...selayaknyaa lah
Quote Artemesiaa 15-10-2019 03:33 PM
Games yang membahayakan dah pernah kena tanduk pun tak serik2 juga
Quote L211 15-10-2019 03:34 PM
patut diharamkan je benda ni.. ko nak berlawan dgn haiwan yg tak berakal.. kenapa xlawan dgn harimau ke singa ke beruang ke.. nak acah 2 hero kat gelanggang... bodoh sial..
Quote MissVixen 15-10-2019 03:43 PM
Padan muka. Kau cucuk2 lembu tu takpe pulak. Kalau lembu tu tanduk mata kau sampai tercabut pon aku tepuk tangan.
Quote MissVixen 15-10-2019 03:45 PM
Cecair di badan lembu tu, darah darah lembu tu ke? Kesiannya.
Quote sukacactus 15-10-2019 03:47 PM
Elok la...
Aku xsokong pun bullfighting...mcm bodoh je
Quote thetimes 15-10-2019 04:46 PM
Kang tak pasai hilang pulak anu tu

Quote Supersirap 15-10-2019 04:49 PM
Janganlah kita menyakiti haiwan yang semangnya tidak mempunyai akal
Quote genUmi 15-10-2019 04:55 PM
cash ko cocok2 badan aku

aku sondol bebird mu walau sipi2 je kena


tapi gaya macam betul2 kena bebird je

gelap masa depan ..............
Quote anakmak 15-10-2019 04:56 PM
L211 replied at 15-10-2019 03:34 PM
patut diharamkan je benda ni.. ko nak berlawan dgn haiwan yg tak berakal.. kenapa xlawan dgn harimau ...

akk setuju
apa lah yg seronok sangat pi kacau lembu tu
satu budaya yg akk x suka
Quote ikanmasin 15-10-2019 05:27 PM
2x ko selamat tkt kali ke 3 hilang pl.baik berhentilah..
carilah kerja lain..jd model ke hensem kamu
Quote RatuDunia94 15-10-2019 05:38 PM
Penyiksaan kpd binatang kan..
Sama je mcm gajah kat thailand n india tu..
Mmg patut diharamkan.. tp kat spain ni je x diharamkan sbb katanya part of their cultures.. apooo
Quote L211 15-10-2019 05:56 PM
anakmak replied at 15-10-2019 04:56 PM
akk setuju
apa lah yg seronok sangat pi kacau lembu tu
satu budaya yg akk x suka

kan.. macam xde akal plak kekalkan budaya kuno tu.. huhuh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046162 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top