CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dia Yang Suka Jadi Andartu, Ajak Orang Lain Pula" - Agenda Feminis Dikecam

15-10-2019 12:40 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10518| Komen: 70|Original author: Shimmer Shine



Kisah si bujang tua memang takkan berakhir. Lebih mudah digelarkan Andartu (bagi perempuan) dan Antertu (bagi lelaki), golongan ini semakin bertambah kerana ramai yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, hingga Doktor Falsafah (phD). 

Antara alasan yang kedengaran ialah tidak sekufu menyebabkan tidak bertemu pasangan sepadan. 

Bagaimanapun, dengan kehadiran golongan feminin yang mewar-warkan tidak mengapa jadi andartu kerana mengejar gelaran Doktor Falsafah, ia menimbulkan pelbagai persepsi.

Twitter


Bagi yang bersetuju, andartu bukanlah penghalang kerana ada kerjaya hebat, wang, kebebasan dan masa untuk diri sendiri. 

Manakala bagi yang tidak bersetuju pula, ianya lebih kepada melawan fitrah manusia. 

Twitter

Antara yang bersetuju dengan gelaran dari Doktor ini ialah, penyanyi Adibah Noor yang menunjukkan emoji gembira. 

Sementara wanita lain pula menyokong dengan hujah kenapa perlu berkahwin jika ia hanya membantutkan kerjaya? Adalah lebih baik berdiri di atas kaki sendiri, sambung belajar, kumpul aset, bercuti ke luar negara dan pelbagai lagi. Kenapa perlu menghadkan pada kahwin semata-mata?

IG

Manakala, bagi yang tidak menyokong penyataan ini, ia adalah toksik kerana mengajak wanita lain turut berfikiran sama. 



Adakah ia kebahagiaan sebenar yang dicari mereka? Seorang warganet mengajak wanita sebegini melihat andartu yang telah menyesal kerana menolak fitrah alam. 

Contoh yang terdekat ialah Penulis drama bersiri popular, Sex and the City, Candace Bushnell, 60 akhirnya mengakui menyesal terlalu mengikut idea feminismenya. Dengan kejayaan buku serta drama tersebut membolehkan Candace merantau ke seluruh dunia tetapi ia hanya sementara kerana dengan usia warga emasnya kini, dia sangat kesepian.

Filem Andartu terlampau lakonan Haliza Misbun - gambar hiasan

Jadi, idea tidak berkahwin tak apa yang diperjuangkan feminin ini semakin ditularkan. Terpulang kepada wanita lain sama ada untuk mengikutnya atau bagaimana? - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • DayangKirana

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 15-10-2019 01:00 PM
Part "dar" tu optional... perghh!! sape yg sicksociety ni sebenarnya?
Quote shernazz 15-10-2019 01:03 PM
Kawan sekolah iols skang ngah phd
Elok je kawen..
Tapi itu la..kekadsng lelaki mmg skeptikal dgn wanita yang bijak ni kebiasannya dominan kan..
Kawan iols ni lemah lembut
Tak tau lah dlm rumah tangga mcmana..hehe
Quote umbut 15-10-2019 01:27 PM
Kerjaya kerjaya jugak.. Takkan nak membujang sampai tua.. Memang lah boleh travel sana sini.. Duit byk takda problem katanya.. Tapi lonely lah.. Tipu lah kata x kisah
Quote Zeatyisaac 15-10-2019 01:28 PM
Edited by Zeatyisaac at 15-10-2019 01:29 PM

I am one of them. Berkerjaya dan educated sehingga PhD. Memang nak berumahtangga because it is a Sunnah. Tapi mestilah sekufu dan sepadan. Sekurang2nya ada kerja, kerja biasa2 pun takpe asalkan tidak membebankan si isteri.

I tak pernah menolak takdir dan perkahwinan. Tapi jodoh itu rahsia Allah. Tak pernah give up although had gone through 5 break off....hehehehe.

p/s: I am alone but not lonely... How? I have forum Cari, that's how.....hahahaha.
Quote Meiizu 15-10-2019 01:39 PM
kalau jodoh belum sampai kenapalahh nak ajak orang lain sekali jangan kawin cam dia..tak betul tu
Quote jebatmaspunyer 15-10-2019 01:48 PM
Jodoh kerja Allah. nak sambung study master ke, PHD ke, sambung jer kalau masih single. Jodoh kalau ada akan sampai jugak... cari jodoh x semestinya kena bersosial bagai, ko improve diri ko dari y sebelum ni pemalas jadi rajin berdisiplin pun ibarat cari jodoh gak, ko improve diri sebelum ni miskin then jadi kaya pun cam cari jodoh.

Jodoh ni misteri. Sama macam ajal. Bercinta bagai nak rak bertahun-tahun, belum tentu jadi laki bini.. tetiba baru kenal 3 bulan dah akad nikah. Ingat sikit kawen ni belum tentu bahagia tau. Sebab tu jangan jelojoh bab2 cari pasangan ni. Jangan kawen asal berlaki x mau di cop andartu.

Kawen ni first2 sebab Allah s.w.t. Kalau kawen sebab Allah, si suami x der lah nak berkira pasal bagi nafkah atau buat kerja rumah memasak apa semua sebab dia sedar itu tanggungjawab dia. Pahala ganjarannya. X der lah nak mengeluh pad bini pun kena tanggung sbb setiap sen keluar tu ibarat sedekah. Tak kisah orang cakap apa daa takut bini semua keje rumah buat sebab suami ada kesedaran tanggungjawab.  Ramai x sedar semua tu tanggungjawab suami.

Si isteri plak sebab kawen kerana Allah s.w.t, taat pada suami, bagi layanan y terbaik, menyenangkan hati suami. Jadi pendamping yang menyenangkan. Jaga maruah diri & suami. Mana2 yang suami x sempat nak jalankan tanggungjawab dia, bantulah suami.. Work as a team. Muafakat.

Bagi iolls salah satu sebab kenapa Allah letak banyak tanggungjawab kat suami dalam rumahtangga, tanggungjawab isteri adalah melayan suami adlah kalau para suami betul2 jalankan tanggungjawab seperti yang Islam suruh, akan kurang complain suami curang cari isteri lain atau makan luar sebab isteri x mampu layan keinginanan suami. Sebab tenaga lelaki sudah dicurah utk kerja2 dalam rumahtangga. Jadi bila tiba masa dia keinginannya perlu di layan, tenaga isteri mampu seiring dengan tenaga suami.

Berbalik pada yang masih single, kalau orang cakap nnti sunyi x der anak, anak kecik bila dah tua la, nak tanyalah 100% ke semua pasangan yang dah berkahwin dapat anak 9 bulan lepas kawen. Ramai jer yang dah bertahun kawen tapi belum dapat anak padahal sihat walafiat laki bini.. nak kata apa pulak kat golongan tu?





Quote wandacoffee 15-10-2019 01:50 PM
terpulang lah..yg kawin tu kau, if tak kawin pon kau...kawin ke tak kawin, lebih kurang je lah...if kata tak kawin lonely, cuba lah tgk ramai kawin tua2 ,nama je kawin tp lonely juga...bukan time tua je..time muda ni pon berlambak..no spark la...

Apepun pilihan masing2..no need to influence others...

“You cannot be lonely if you like the person you are alone with.” “We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.” “To be alone is to be different and to be different is to be alone.”

I pun kekdg feel lonely and aloneee.....uwaaa...
Quote matchstick 15-10-2019 01:53 PM
x kira lah apa pun pilihan or takdir hidup ko, bujang ke kahwin, cuma jgn sampai jadi ekstrim sgt sudah..terlampau yakin bahawa hidup bujang adalah yg terbaik pun x betul, terlampau yakin bahawa org yg berkahwin dan  beranak pinak aje boleh hidup bahagia sampai mati pun x boleh jugak. pendek kata letak lah keyakinan kpd Allah semata. org bujang ke, org kawen ke, masing2 ada ujian. jgn lah kita mencemuh org semata2 kerana x sependapat dgn kita.

sbg andartu i mengamalkan konsep pasrah aje and just go with the flow kata omputeh. tapi kalau  baca berita pasal org kawen cerai sbb hutang, suami curang, kena dera etc. i syukur aje lah sbb dijauhi drpd jodoh yg buruk mcm tu
Quote nazzse 15-10-2019 01:56 PM
memang kalau fikir seronok je hidup bujang ni, takda orang konkong, masa spend untuk diri sendiri je...TAPI fikir tua nanti takda sapa, baiklah kawen..iols takut sunyi sepi tua nanti
Quote sfrnna 15-10-2019 01:58 PM
Iols pun andartu with PhD tp takda la I behave macam feminist. Each of us searching for happiness their own way giteww.. maybe Ada org regret bila tua, but Ada yang Tak. Sama la macam org dah kawin. Ada yg selesa ada anak and Ada yg selesa takda anak. Mungkin sbab masyarakat tu measure life is complete when u're married n ada family. Kalau x, macam pity and kesian kot. Walau pun hakikatnya kita Tak rasa apa pun. Bak kata Mark manson, you and I have different values and we measure ourselves by different metrics gitew.
Quote delsmomm 15-10-2019 02:11 PM
meol xnak komen ttg kawen vs xkawen..

meol cuma rasa inappropriate bila dia mention Dar is optional tu...

what does she mean?
is she promoting sex out of wedlock..??
wtf..

kinda f*****g around & be happy about it..??

hmmm..
Quote URUHA 15-10-2019 02:13 PM
Pokok pangkalnya jodoh & ajal Allah yg tentukan. Single ke, married ke, masing2 leh happy dgn cara yg tersendiri. Yang penting be positive & enjoy your life to the fullest.

Jgn la sampai jadi terlalu extreme lak. Bawak2 la jumpa psychologist kalau dah teruk nau.
Quote ffbeauties 15-10-2019 02:14 PM
Sebenarnya masyarakat kita ni jahat mulut. Terutama lelaki lagi jahat mulutnya kalau tengok andartu. Sakit hati sorang-sorang agaknya tengok perempuan tak perlukan lelaki.
Jadi helah bela diri bagi andartu ialah bagitau tak perlu kahwin pon bahagia, ada duit dll.
Bagi yang kahwin pulak tak perlu lah nak kata nak ada anak, ada teman masa tua sbb semua tu tak pasti lagi.
Yang kahwin pon pasangan boleh curang, boleh mati. Dah kahwin pon belum tentu ada anak. Kalau ada anak belum tentu anak jaga atau umur panjang. Masa depan tu tak pasti.
Jadi tak payahlah nak sibuk orang tu kahwin ke tak.
Kadang ada yang bahagia bujang tapi tak tahannye mulut orang yang dah kahwin tapi tak bahagia tu pulak sibuk-sibuk suruh kahwin.

Pelik
Quote ffbeauties 15-10-2019 02:15 PM
nazzse replied at 15-10-2019 01:56 PM
memang kalau fikir seronok je hidup bujang ni, takda orang konkong, masa spend untuk diri sendiri je ...

Pasti ke kalau kahwin ada teman masa tua?
Quote nazzse 15-10-2019 02:36 PM
ffbeauties replied at 15-10-2019 06:15 AM
Pasti ke kalau kahwin ada teman masa tua?

berteman anak cucu pun bolehat least ada orang
takkan nak bergantung dgn siblings, anak2 buah  
Quote jebatmaspunyer 15-10-2019 02:50 PM
nazzse replied at 15-10-2019 02:36 PM
berteman anak cucu pun bolehat least ada orang
takkan nak bergantung dgn siblings, anak2 buah   ...

kalau Allah bagi rezeki anak.. & anak2 you menjadi.. Allhamdulillah.. Jangan overconfident takut Allah bagi ujian terus murung..
Quote cikatilia 15-10-2019 02:51 PM
xpayah la kan nak ajak org andartu ke hapa ke tak nak dara tak nak kawin ke etcdiam2 sudah dgn agenda sendiri


Quote nazzse 15-10-2019 03:14 PM
jebatmaspunyer replied at 15-10-2019 06:50 AM
kalau Allah bagi rezeki anak.. & anak2 you menjadi.. Allhamdulillah.. Jangan overconfident takut A ...

opinion & takdir masing2...takdir boleh ubah but kena usaha & doa banyak2 lah...tu g I mintak pun
Quote MadameOnion 15-10-2019 03:14 PM
i tak kisah pun andartu ke kawin awal ke..tapi jgn sesekali bersikap feminist and ronson

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.161965 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top