Remaja perempuan berusia 18 tahun ditemui adiknya meninggal dunia dalam keadaan tali pinggang berbelit di leher. Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di dalam bilik di perumahan kakitangan kilang kelapa sawit di Dungun, jam 2.45 petang semalam. Difahamkan, ibu mangsa tidak menyedari kejadian kerana sedang berada di dapur. Dikatakan, adik perempuan mangsa yang pulang dari sekolah bertanya mengenai kakaknya kepada ibu mereka sebelum wanita itu meminta dia menjenguk bilik remaja terbabit. Ibu mangsa kemudian dikejutkan apabila kanak-kanak berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa kakaknya itu berada dalam keadaan terduduk di bucu katil dengan keadaan tali pinggang berbelit di leher. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian. Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri gagal dikejutkan ibunya sebelum wanita itu menghubungi polis. “Pegawai perubatan dari klinik berhampiran yang turut ke lokasi kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. “Susulan itu, sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dipanggil ke lokasi untuk siasatan lanjut tetapi tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat mangsa,” katanya. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. Tambahnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
|
cupu replied at 14-10-2019 10:17 PM
Lawa bdknya...tp status bdk jate tu buat aku geram je..dok seke dok seke...brp kali ko nak ulang aya ...
cupu replied at 14-10-2019 10:17 PM
Lawa bdknya...tp status bdk jate tu buat aku geram je..dok seke dok seke...brp kali ko nak ulang aya ...
ADVERTISEMENT