Seseorang Pengetua diandaikan sebagai nahkoda sesebuah kapal, yang menentukan prestasi sekolah, guru dan murid-muridnya. Oleh itu, seseorang yang memegang jawatan itu perlulah layak dan mampu mengejar kecemerlangan prestasi di samping mempunyai nilai toleransi terhadap orang bawahan dan sekelilingnya. Jika tidak, pasti akan menjadi masalah kepada sesebuah organisasi. Demikianlah yang berlaku di SMK Kubur Panjang, Kedah Darul Aman. Sebuah video kini tersebar di Twitter yang menunjukkan hampir 100 orang waris-waris sekolah tersebut telah menyatakan bantahan mereka terhadap kepimpinan Pengetua di sekolah itu.
'Kami waris-waris SMK Kubur Panjang, dengan ini mendesak supaya Pengetua ditukarkan dengan kadar segera' kata mereka beramai-ramai. Menurut portal Lobak Merah, punca bantahan itu ialah sikap sombong, angkuh, kejam dan takabur Pengetua tersebut. Pengetua itu juga dikatakan gagal menjaga kebajikan guru di sekolah tersebut. Ini telah mengakibatkan PIBG dan guru di sekolah tersebut mendesak agar Pengetua itu ditukarkan ke sekolah yang lain. Maklumat tambahan di sebuah Facebook Pertubuhan Barakah Malaysia turut mendedahkan bahawa Pengetua itu bertindak seperti diktator sehingga mendatangkan tekanan kepada sistem pentadbiran sekolah. Seorang guru bernama Lukman Moidin yang mengaku pernah dianiaya oleh Pengetua tersebut mendakwa beliau (Pengetua) itu turut mempunyai reputasi buruk di sekolah terdahulunya. Bagaimanapun, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan Pengetua yang tidak dinamakan itu benar-benar melakukan semua dakwaan terhadapnya. Oleh itu semoga pihak yang berkenaan dapat membuat siasatan lanjut sebelum menjatuhkan sebarang hukuman supaya keadilan benar-benar ditegakkan.- CARI |
ell768 replied at 15-10-2019 11:20 AM
ganas..sekampung keluar protes ni...takde citer detail ke yg kene aniaya tu apa kes..dah ghuper cite ...
Eric.n9 replied at 15-10-2019 11:34 AM
Haha, klu setakat sorang dua yg protes, boleh kata hal personal la.
Ini ha satu kampung yang kelu ...
ADVERTISEMENT