Perbuatan khianat dalam sesebuah perniagaan sudah sinonim dengan masyarakat kita. Ada peniaga atau pengusaha lain yang tidak mahu bersaing secara sihat jadi mereka memilih jalan kotor untuk melemahkan pesaing mereka.
Biasanya, perbuatan kotos seperti ini selalu didengar dalam bisnes restoran, tetapi kali ini seorang pemuda yang juga pengusaha ternakan pula menjadi mangsa. Membuka perkongsian di Twitter, pemuda itu yang bernama Jan memuatnaik beberapa keping gambar yang menujukkan lebih 10,000 ekor ayam ternakan yang diusahakan bersama sepupunya mati. ‘Penat aku dam sepupu jaga, akhirnya mati begitu sahaja, kalau betul orang aniaya, semoga hidup dia tak akan tenang’ kata Jan. ‘Separuh reban mati, sekat 10,000 ekor ayam, tolong redakan aku kawan-kawan’ tambah Jan lagi. Menurut Jan lagi, siasatan mendapati kematian ayam-ayam itu berpunca daripada sistem pengudaraan yang ditutup menyebabkan suhu panas. Beliau mengesyaki perbuatan ini disengajakan atau sabotaj. Tambah memilukan, kerja-kerja melupuskan bangkai ayam sempat tergendala apabila lori yang digunakan tergelincir. Ramai netizen yang membaca perkongsian itu memberikan kata-kata semangat kepada beliau. . ‘Semoga rezeki dimudahkan dalam semua urusan, saya dapat rasakan kepedihan itu melihat gambar ini’ kata seorang netizen. ‘Orang kata semakin menghampiri kejayaan, semakin banyak dugaan’ tambah seorang lagi. Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang turut memberikan nasihat praktikal mengenai keselamatan. ‘Pastikan kotak suiz sentiasa berkunci supaya tidak ada orang luar yang boleh sabotaj’ kata seorang netizen. ‘Pasanglah cctv' tambah seorang lagi. Semoga Jan dan sepupunya dapat bangkit semula dari kejadian ini dan pelaku kepada kes khianat ini menerima tindakan yang sewajarnya.- CARI |
Artemesiaa replied at 16-10-2019 11:47 AM
Walau ayam tokey punya pasti dia akan rasa marah dan terkilan penat2 berusaha menjaga akhirnya jadi ...
ADVERTISEMENT