CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ambil Keropok!" - Video Mencuit Hati Gadis Diganggu Monyet Ini Dapat Perhatian Yuna Zarai

14-10-2019 10:15 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 5937| Komen: 17

Pasti anda pernah melepak bersama rakan-rakan dan rakam moment tersebut untuk dimuat naik ke media sosial ataupun sebagai kenang-kenangan bersama. 

Namun, lain pula yang terjadi buat gadis dengan nama Theera ini, apabila dia dan rakan-rakannya diganggu oleh monyet ketika sedang merakam diri mereka. 

Video lucu ini mendapat 10.7 juta tontonan, 216k retweet dan 650 likes hanya dalam tempoh 4 hari selepas dimuat naik di Twitter. Menurut Theera, mereka sedang merakamkan video untuk sebuah subjek namun tiba-tiba didatangi monyet yang kelaparan dan mencuri makan mereka.



"Ambil keropok ambil keropok!"

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila salah seorang daripada gadis di dalam video tersebut yang menjerit berulang kali agar mereka mengambil keropok yang berada di atas meja tersebut. Agak lucu apabila gadis tersebut lebih mementingkan keropok daripada telefon mereka yang mungkin boleh dicuri oleh monyet kelaparan tersebut!

Video lucu ini turut mendapat perhatian Yuna Zarai yang turut terhibur dengan telatah gadis tersebut dengan menggunakan #keropok.


Buat korang yang duduk berdekatan dengan kawasan hutan, jangan makan keropok di tempat terbuka. Nanti diganggu monyet! - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gomea 14-10-2019 10:45 AM
Ni bukan monyet. Ni beruklah. Beruk ade gigi taring. Pakcik aku kudung jari sebab kena gigit dek beruk.
Quote cikja 14-10-2019 11:50 AM
Lambat bebudak ni lari... klu akk dh siap terbang selamatkan diri... nk jerit sebut kropok pun dh x blh sbb dh hilang ingatan....hahahaaa...
Quote makita 14-10-2019 11:55 AM
Gosh teringat zaman uni dulu. Lepak kt bilik n pintu x rapat. Sekali beruk masuk, meols terjerit la terkejut. Bole lak beruk tu tip toe pelan2 keluar sambil malu2 toleh kt meols.
Quote lynakajang 14-10-2019 12:26 PM
Perempuan, gaissss... Kami lagi pentingkan makanan berbanding benda lain
Quote lynakajang 14-10-2019 12:27 PM
Perempuan, gaissss... Kami lagi pentingkan makanan berbanding benda lain
Quote princessjay 14-10-2019 12:41 PM
tgk video ni teringat mase zmn uitm kt kolej kenanga.. mase tu duk berdue je..pg tu lps mandi sy turun tgk tv, tingkap mmg buka bagi terang bilik, roomate plak elok sy turun, die g mndi, sekali die balik mandi, hbs stok makanan ktorg berselerak, beruk tu semue bende die koyakkan air kotak, limau pn mase tu die kopek2 kan..dh la mase tu baru beli stok makanan, mmg berpesta diorg kerjakan..
Quote cik_sssara 14-10-2019 12:44 PM
Video ni viral worldwide sebab Ladbible repost.

Dekat hostel UKM tu memanglah banyak beruk. So far I jumpa yang takut orang, selongkar tong sampah bila orang takde atau jauh je. Tapi beruk yang kacau adik-adik ni agresif betul. Agaknya dah lama dia perhati diorang tu katsitu nak ambil keropok.
Quote batmana 14-10-2019 01:09 PM
beruk ni klu dgn lelaki bdn besar, dia takut sket
klu pmpn, bdk laki dia mmg brani
Quote hasniey 14-10-2019 01:22 PM
makita replied at 14-10-2019 11:55 AM
Gosh teringat zaman uni dulu. Lepak kt bilik n pintu x rapat. Sekali beruk masuk, meols terjerit la  ...

Ukm kah?
Akak ai study sana.1st time ai tgok beruk jln2 kt koridor xtakut manusia.kita pulak yg takut nak lalu.
Dia cerita kalau tingkap trbukak mmg abes la bilik kene sepahkan beruk.kdg2 makanan tapau pon kene rembat
Quote rosli_nurizzati 14-10-2019 01:32 PM
dia lagi fikirkan keropok dari fon? hehehehe... gamak dah panik, so keropok tu priority dia paling atas sekali..
Quote chicozinn 14-10-2019 02:40 PM
rindu zaman U dulu..kat uia monyet smpai masuk dlm bilik gi selongkar loker..cm roomate aku siap dibukak bungkusan megi..now plak kat uma mertua aku minggu lepas beruk msuk rumah moncicit den lari msuk blik siap dkung anak sbab beruk tu kejar ktorang dari dapur..yihhhh sgat
Quote Artemesiaa 14-10-2019 03:09 PM
Jenis beruk ni membahayakan dan agak ganas tak perlu nak lawan takut ia serang
Quote saviour_09 14-10-2019 03:16 PM
hahahahhahahahha
keropok keropok keropokkkk

henset mahal tu tak heran pulak

Quote adeqbun 14-10-2019 05:37 PM
hahahahah amik keropok amik keropok..
Quote Perawankota 14-10-2019 06:00 PM
Teringat monyet selalu masuk kt kolej cempaka dulu2..
Quote RatuDunia94 14-10-2019 10:52 PM
hasniey replied at 14-10-2019 01:22 PM
Ukm kah?
Akak ai study sana.1st time ai tgok beruk jln2 kt koridor xtakut manusia.kita pulak yg t ...

UKM tu dh mcm pusat pemeliharaan monyet kan.. bersepah monyet2.
Dulu iols stay kolej Ibrahim Yaacob. Mmg bilik asyik kena ceroboh je.. walhal pontu n tingkap dh tutup rapat. Balik kelas tgok2 makanan dlm bilik bersepah.. heran cemana deols masuk.. x tau la kalao angkara "binatang" lain..
Quote L211 15-10-2019 02:16 AM
iolss penah kena tarik dgn beruk peliharaan sbb dia nk cari kutu.. beruk tu cek kepala i xde kutu, dia tunjal halau i.. cisss bedebah sungguh... mujur iolss masih kecil lagi.. tp menangis gak laaa.. hahahha

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.257541 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top