Bantuan telefon kebiasaannya akan disediakan di mana-mana servis pengangkutan awam untuk kegunaan orang awam. Tujuannya adalah untuk apabila berlakunya kecemasan atau sebarang laporan, maka tindakan pantas boleh diambil pihak bertanggungjawab.
Namun, servis panggilan kecemasan ini sering disalahgunakan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Seorang pengguna Twitter dengan nama Mikey telah memuat naik sebuah video rakannya yang melakukan prank ke atas pekerja talian kecemasan LRT. Lelaki tersebut menekan butang kecemasan dan memesan beberapa menu McDonald's dengan niat untuk bergurau. Beberapa ketika kemudian, kedengaran suara daripada pembesar suara talian kecemasan itu yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu. Video ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berang dengan perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan. Rupa-rupanya, video ini telah dirancang dan suara dari pembesar suara itu adalah suara si perakam tersebut, yang menyamar sebagai pekerja LRT. Ini boleh dikira sebagai double prank! Video ini turut mendapat perhatian Rapid KL dan mereka telah memberi amaran untuk mendenda sebanyak RM10,000 jika ada yang menyalahgunakan peralatan ini. Pengajaran yang kita boleh ambil daripada video ini adalah jangan menyalahgunakan perkhidmatan awam! Nasib baik mereka yang terlibat di dalam video ini menerangkan apa yang terjadi sebenarnya, jika tidak mereka boleh diambil tindakan keras oleh pihak Rapid KL! - CARI
|
Perawankota replied at 14-10-2019 09:52 AM
Benda ni mmg x patut buat.. Tapi rapid x leh nk saman sebab dorg x tekan pon button.. Melainkan buda ...
salmon-suki replied at 14-10-2019 08:39 AM
Kalau benda lain laju je saman..kalau melibatkan kaum lain,kemain kecut telor..excuse my language {: ...
ADVERTISEMENT