CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Bakal Beri Ceramah 'Friendzone' Di UUM, Netizen Perli Kredibiliti Ardell Aryana

14-10-2019 09:40 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 16669| Komen: 109|Original author: Myeonir

Umum mengetahui yang sahabat yang telah rapat selama beberapa tahun iaitu Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa telah pun berkahwin setelah sekian lamanya.

Kebanyakan peminat mereka yang mengikuti kisah mereka sejak daripada mereka mula berkawan lagi berasa gembira apabila kedua-duanya akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.


Kredit foto: Blog
Mungkin rezeki berumah tangga, Ardell dan Nadzmi kelihatan rajin menghadiri ceramah jemputan di beberapa universiti tempatan. Kalau sebelum ini si suami telah dijemput untuk memberikan 'talk' di UiTM Merbok, kini si isteri pula dilihat bakal memberikan ceramah di UUM.

Yang menarik perhatian ialah tajuk ceramah itu ialah mengenai topik 'Friendzone' dan dikhabarkan bakal berlangsung pada 20 November nanti.

Kredit foto: Blog
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen telah memerli pelakon wanita tersebut dan tajuk ceramah anjuran UUM itu. Bagi mereka, banyak lagi isu lebih penting yang boleh disampaikan kepada pelajar universiti dan bukannya cerita pasal hal percintaan dan kahwin sahaja.

Netizen juga hairan apa kredibiliti dan pencapaian yang dipunyai oleh Ardell untuk memberi ceramah kepada ratusan pelajar universiti.

Kredit foto: Twitter
Apa pula pendapat anda? -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 14-10-2019 09:44 AM
hmmm..talk sampah cmni gak sanggup UUM nak anjurkan?ade kena mengena ngan silibus kat sana ke?
Quote Meiizu 14-10-2019 09:46 AM
apa mende laaa talk mcm ni..universiti kot, mohon lecturer/pengarah tarik balik.
Quote ffbeauties 14-10-2019 09:46 AM
Pelik memang pelik.
Asal viral terus boleh bagi talk.
Kat kampung aku ni ada media influencer yang dalam semua video mesti ada mencarut.. sekali cikgu sekolah suruh bagi talk kat sekolah sbb nampak 'berjaya'.
Wow!
Quote Meiizu 14-10-2019 09:47 AM
topik mcm tu sembang santai kat cafe sudah lahh woiiiii
Quote shernazz 14-10-2019 09:55 AM
Apa budak uum slalu kena ftiendzone ke sampai kena ada talk mcm.ni
Quote ashcroft86 14-10-2019 09:57 AM
Anjir apa student kemaruk sgt nak wat talk babi cmni? like wtf??? Nak menjana minda langsung kot. Seriously, ni je ke tahap intelek student U skrang>? like seriously?????
Quote rosli_nurizzati 14-10-2019 09:58 AM
so.. UUM students, takdak talk lain ka? come on, university students..  or statistics students kena friendzone kat UUM tggi ke apa?
Quote mieymiey 14-10-2019 10:00 AM
Kebangangan apakah ini??
Quote nellyberry 14-10-2019 10:01 AM
Ya ampun. Perlu ke talk mcm ni kat Universiti?
Tolonglah
Quote fushimi 14-10-2019 10:01 AM
Talk yang tak membina langsung

buat malu level universiti je

bagi talk yang boleh kembangkan otak student boleh tak
Quote Bumbu 14-10-2019 10:03 AM
UUM ni dah knp??? Trencat akal
Quote bonquiqui 14-10-2019 10:03 AM
should be " I'm Married to My friend" or "I Married My Friend". Bukan I'm married with my friend
Quote matchstick 14-10-2019 10:04 AM
Kena bayar lak tu.. Utk student rm5-7 tu lps la nasi sepinggan. Toksah menggatal pegi talk bodo ni please
Quote Kurex 14-10-2019 10:08 AM
Alahaiiii..
Talk macam ni ke yg bbnu suka dengar.. Dok bangga dgn friendzone.. Lahai dik oiiiiiiii
Tiap kali bukak fb, mesti ada memes friendzone..
Quote tuberoses 14-10-2019 10:11 AM
  pasal friendzone pun kena ada talk ke...kena bayar plak tu...
bnyk lagi topik/isu lagi penting kot....sape la penganjur talk ni...
Quote masnona 14-10-2019 10:12 AM
Kalau bdk2 u yg buat kertas kerja macam ni la jdnya. So xper dipertikaik
Quote CrowneGlory 14-10-2019 10:12 AM
kalau spin jamal pun boleh bg talk sampai list kan pensyarah under her belt...apa la sangat ardell ni....
Quote cikatilia 14-10-2019 10:16 AM
lepas ni boleh la ceramah tik tokenhance look pakai apps
dan sebagainya


Quote ais_kosong 14-10-2019 10:21 AM
Kenapa nak kena bagi talk tajuk ni?
Ada faedah ke? Kot dia cita pasal "anxiety" yang dia ada tu ka boleh gak terima.
Ni nak suruh kahwin dengan kawan sendiri ke apa?

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041067 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top