CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kejamnya!'- Dalam FB Bukan Main Sweet, Rupanya Sanggup Kerat Bini 8 Bahagian

12-10-2019 09:44 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 19212| Komen: 39|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Selepas kisah Mona Fandey yang pernah menggemparkan masyarakat suatu ketika dulu berikutan pembunuhun seorang ahli politik pada tahun 1993, kini kita dikejutkan pula dengan penemuan dua beranak yang turut menemui ajal dengan cara mengerikan.



Kredit foto: FB

Menerusi beberapa laporan media, polis menemukan beberapa bahagian tubuh individu dipercayai lebih daripada seorang di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong. 

Mangsa kemudiannya disahkan identitinya sebagai Norfazera Bidin, 27, dan anaknya, Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah, 11.

Susulan penemuan anggota badan yang dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian itu, polis menahan seorang suspek bernama Shahrul Nizam Zuraimy, seorang warganegara Singapura yang juga suami kepada Norfazera.

Untuk makluman, dipercayai ini adalah perkahwinan Norfazera yang kedua. Dalam perkahwinan terdahulu, beliau dikurniakan empat anak termasuk mangsa kedua.



Kredit foto: FB

Dalam sesalinan dokumen yang beredar di media sosial, punca pertengkaran dikatakan ketidakpuasan hati mangsa pertama terhadap hadiah hari jadi yang diberikan keluarga suspek.

Bagaimanapun, suspek berang apabila mangsa mengugut untuk menuntut cerai, sehingga mencapai sebilah parang dan membunuhnya. Kejadian disaksikan mangsa kedua dan menyebabkan suspek turut membunuhnya, dipercayai untuk menutup mulut.

Dengan kecanggihan teknologi terkini, netizen kemudian dengan mudah mendapat maklumat peribadi pasangan itu.


Kredit foto: FB/OMM

Menghairankan, pasangan yang baru berkahwin ini sering memaparkan gambar-rambar mesra dan romantik, menimbulkan persoalan punca kepada tragedi itu. 

Malah, dalam statusnya Sabtu lalu, Shahrul sempat mengucapkan kata-kata ucapan manis selamat hari jadi kepada isterinya.

Ada yang mempersoalkan tindakan si mangsa mempertikaikan hadiah keluarga suaminya.


Kredit foto: FB / OMM

'Pasal hadiah hari jadi je jadi macam ni, terima jelah apa-apa hadiah, orang ikhlas nak bagi,' kata seorang netizen.

Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan tindakan si suspek yang berang.

'Takkan nak bertengkas sampai membunuh? Dengan anak sekali pula tu,' kata seorang netizen lagi.

'Mungkin ada masalah mental, sedari awal perlu dirawat,' tambah netizen lagi.

'Tak sangka dalam bersayang-sayang di Facebook, rupanya berperang di rumah sehingga berbunuhan," kata seorang lagi.


Kredit foto: FB / OMM

Yang pasti, tragedi ini membuka mata banyak pihak bahawa apa yang dipaparkan di media sosial kadang-kala jauh daripada realiti sebenar. Juga pentingnya kesihatan mental tidak dipandang tabu oleh masyarakat. 

Untuk pengetahuan, World Mental Health Day disambut 10 Oktober setiap tahun. - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
9

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • lynakajang

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Cumi2

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 12-10-2019 10:19 AM
May he gets necessary help kalau betul mental

Atau hukuman kalau sebenarnya waras
Quote uda 12-10-2019 10:24 AM
Memang dia mental.Maybe terlalu sayang and possesive. Dia tak boleh terima yang wife dia minta cerai. Tu yang dia bunuh
Quote putericahaya999 12-10-2019 11:56 AM
Takda maknanya mental
Ni ego tak sedar diri
Quote imogenBones 12-10-2019 11:59 AM
Maybe drugs
Quote manjalara_01 12-10-2019 12:03 PM
masih ade yg nak salahkan mangsa? mentalnye netizen ni..

mcm kes mamat yg bunuh wife & anak2 semata2 sbb skandal..die pun sweet2 je dlm youtube channel mangsa
Quote GigaMom 12-10-2019 12:19 PM
Korg lain kali nk cerai jgn jerit2 minta cerai takut tkena laki mental sakit
Pg mahkamah terus
Ppuan ni ramai yg jerit nk minta cetai sehari 10 kali
Borang pun x ambil
Mahkamah kat mana pun x tahu

Ot ppuan ni kawen umur brp anak ke 2 11 umur baru 27.letsay anak sulung 12?? Biar btl {:question
Quote krustykrab 12-10-2019 12:39 PM
GigaMom replied at 12-10-2019 12:19 PM
Korg lain kali nk cerai jgn jerit2 minta cerai takut tkena laki mental sakit
Pg mahkamah terus
Ppu ...

16 tahun dh kawin...anak 4...
Quote epuepy 12-10-2019 12:41 PM
2 me bnda ni jadi sbb mental. Mmg otak x Le nk process kalo kena pressure. Sian sbb kalo tgok gamba kt fb, mcm loving couple.
Tp kerat smpi 8, syg mende wei. Tp maybe gak lepas bunuh jadi panik. X tau cmne nk hilangkan bukti
Quote ajinomotonosuga 12-10-2019 12:52 PM
putericahaya999 replied at 12-10-2019 11:56 AM
Takda maknanya mental
Ni ego tak sedar diri

Yer..bkn mental pun

Tadak sapaaaa manusia born mental or sakit jiwa..klo fisikal tu memang ada..de form..DNA kacau..toksik lam dunia bnyk

Tapi tadak yg di lahirkan gila..mental..murung..depress etc

Ni sme manusia cipta..manusia yg rosakkan dunia so terima padah nya

Misal klo bnyk mkn cabo..glukosa bnyok..ko bleh emosi tak stabil..bab urus emosi..bab INTER PERSONAL SKILL..bab how to communicate verbal n non verbal

Ramai lagi ske kawan ngan kucing dari kawan sesama manusia!! Btui kan?

Spur of the moment..impromptu..spontan..EMOTIONAL HIJACKING.. bawahsedar..tu yg berlaku

Kekesalan  dlm hati bila waras balik..tuhan je tahu n dia mesti redha nyawa di ganti nyawa..u can hide but u cannot run!

Aku lastik bewak nk pi reban ayam sekali shoot terus keras beku..mati!! Insiiden dah lebih 40 taun tp masih terkenang..kut bewak tu de anok..kut bini bewak lain..dah tlor tu makanan diaaaa..tapi aku budok baru 12 taun apa tau n nk fikir gitu?

Marah tu sifat iblisss..klo marah syaitan berkumpui bnyk n pujuk senang

Orang yg berani ialah orang yg dpt tahan marah..bukan orang mcm Rambo tuuuu!!!
Quote Sang_Pencinta 12-10-2019 12:59 PM
GigaMom replied at 12-10-2019 12:19 PM
Korg lain kali nk cerai jgn jerit2 minta cerai takut tkena laki mental sakit
Pg mahkamah terus
Ppu ...

Kan? Kalau nak minta cerai pastikan diluah ketika ada saksi lain dewasa

Atau keluar vrumah senyap2 pegi tpt selamat dulu.

Jgn luah ketika marah
Quote JibboTheCat 12-10-2019 01:17 PM
Moga dipermudahkan urusan arwah
Quote manehnya 12-10-2019 02:16 PM
Ngeri weh

Sedih sbb Ada kanak2 yg twrlibat

Quote giyomi 12-10-2019 03:29 PM
Edited by giyomi at 12-10-2019 03:31 PM

rasanya dia bkn mental tp baran o kaki dadih sb tu x dia minta cerai, tkn lar sb hadiah nak cerai berai. mgkn gak dia pukul x dia sampai tak perasan dia mati lalu dia kerat to make it look as it was rompak and tutup evidence. ni pendapat akak yg tkder background csi.
Quote Lentera 12-10-2019 06:16 PM
GigaMom replied at 12-10-2019 12:19 PM
Korg lain kali nk cerai jgn jerit2 minta cerai takut tkena laki mental sakit
Pg mahkamah terus
Ppu ...

Sooo true.. G mhkmh tnye cmne nk isi borang fasakh, cmne prosedur. Baru cerdik namanya drpd dok meroyan jerit2
Quote sarukhan 12-10-2019 06:23 PM
Teringat kes ayah bunuh anak dkat bangi dulu. Apa jadi ye kes tu? Bekas pensyarah katanya kan. Maaf terOT.

Quote gigahertz 12-10-2019 06:31 PM
GigaMom replied at 12-10-2019 04:19 AM
Korg lain kali nk cerai jgn jerit2 minta cerai takut tkena laki mental sakit
Pg mahkamah terus
Ppu ...

Tu la nanti jadi macam kes Sari yantie dengna Faizal hussien. nak mintakcerai tapi faizal hussein tak bagi dia pukul perempuan tu ada la.
Quote AbukRokok 12-10-2019 07:24 PM
harap lpas ni masing2 stop stop la nak tunjuk romantik kat fb..... meluat kahkahkahkah
Quote garyura 12-10-2019 09:11 PM
aku rasa kadang2 yg asyik dok pos kebahagiaan kat socmed ni sebenarnya tak bahagia pun....cuma nk menunjuk kat org je....kalau bahagia kita simpan kenangan sendiri sudah....tak perlu canang satu dunia...
Quote rosevelvet 12-10-2019 09:34 PM
imogenBones replied at 12-10-2019 11:59 AM
Maybe drugs

Think so. Mat dadih ni mmg len mcm romantik dia. Tp kalu marah mmg dia boleh nmpk org tu mcm kucing jer. Xde rs apa kalau dia bunuh. My fren pnh ada kwn mat dadih. Mat dadih tu citer dia pnh nmpk org naik basikal ni mcm beruk naik basikal

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.111560 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top