Mungkin melucukan bagi segelintir, namun seseorang mungkin terluka kerananya. Malah, ia boleh mencetuskan amarah tidak berpenghujung! Jasmin Aileen Valero dari California tak akan pernah menyangka pasangannya akan membuat prank dengan membotakkan kepala anak perempuan mereka.
Kelakar, marah atau sedih? Yang pastinya Jasmin meraung sebaik melihat kepala anaknya yang botak licin itu. Menyesal tak sudah dia meminta bantuan Joshua Luevanoz untuk menjaga anak mereka, Jazlyn pada hari itu. Difahamkan, Jasmin baru bangun dari tidur apabila Joshua menyerahkan kanak-kanak itu sambil mula merakamk reaksi wanita berkenaan. Sebaik kain tuala ditarik, betapa terkejutnya Jasmin melihat 'kehilangan' rambut anaknya itu. Wanita itu kemudian menangis tidak percaya dengan 'penampilan baru' Jazlyn. Macam tak boleh terima hakikat pun ada!
"Kenapa dia (Jazlyn) botak? Joshua, ini tidak kelakar!" marahnya sambil menangis dan hanya ditertawakan kekasihnya. Bukan Jasmin seorang yang marah, malah ada yang melabel Joshua melakuan penderaan terhadap kanak-kanak. Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan bahawa ia sebenarnya menjadi adat resam keluarga Mexico untuk membotakkan kepala kanak-kanak. Berkata kepada DM, Jasmin akui ia (membotakkan kepala) akan membuatkan rambut tumbuh lebih lebat. Hm, katanya Jasmin dan Joshua sudah berbincang mengenai perkara itu, namun lelaki itu terlebih dahulu memberi kejutan kepada kekasihnya! "Saya berasa sedih sebab anak saya dibotakkan selicin-licinnya! Tapi, anda sediri dapat lihat dia (Jazlyn) langsung tak kisah. Dia seorang bayi yang ceria," ujarnya. Aduhai, ayah. Nasib baik tak jadi perang! Kalau suami anda buat perangai begini, apa nak dikata ya? - CARI
|
fliphair8 replied at 11-10-2019 09:39 PM
Lawonya anak kamu dek....teringin nak ade anak pompuan, tapi kedai dah tutup...tengok je le anak org
ADVERTISEMENT