"Barisan Nasional (BN) pada tahun ini tidak akan mengeluarkan belanjawan alternatif, sebaliknya akan fokus dalam memberi respons (budget response) kepada belanjawan yang akan dibentangkan kerajaan."
Khairy Jamaluddin menerusi Facebooknya mengulas mengenai tindakan yang akan diambil BN ketika pembentangan belanjawan 2020 jam 4 petang nanti di Dewan Rakyat seperti dilaporkan Astro AWANI. Kata, Ahli Parlimen Rembau itu, ia akan memberi fokus kepada kritikan membina serta penambahbaikan yang perlu dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Loading FB Post...
"Proses ini akan dijalankan semua Ahli Parlimen BN mengikut kluster yang telah diwujudkan sebelum ini menerusi perbahasan yang akan bermula minggu depan," katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT