CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tikam Leher Bayi Baru Lahir, Sorok Dalam Beg Tangan

11-10-2019 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3485| Komen: 8

Mayat seorang bayi baru lahir ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan beberapa kesan tikaman dan goresan pada lehernya.

The Sun melaporkan, seorang remaja berusia 16 tahun dari Detroid, Michigan didakwa atas pertuduhan membunuh darjah kedua.


Menurut laporan, remaja itu melahirkan bayi dipercayai hasil hubungan intim dengan teman lelaki di dalam bilik air di sebuah apartment di Agnes Street pada 21 Februari.

Hasil pemeriksaan mendapati banyak kesan tikaman pada leher mangsa yang disembunyikan di dalam sebuah beg tangan.


 Gambar Hiasan

Difahamkan, beg itu ditemui di dalam sebuah almari pakaian sehari selepas suspek dibawa ke hospital kerana rebah tidak sedarkan diri.

Selepas diperiksa, doktor mendapati remaja itu baru lepas melahirkan sebelum suspek mengakui perbuatannya.

Ibu mangsa bagaimanapun dikatakan tidak mengetahui mengenai kehamilan anaknya itu.


Sementara itu, pihak pendakwa mengesahkan teman lelaki suspek tidak terbabit dengan pembunuhan itu.

Jurucakap Maria Miller berkata, siasatan mengambil masa dan berlarutan disebabkan beberapa isu yang timbul dalam kes itu.

Tambahnya, suspek akan dibicara sebagai pesalah juvenil dan mahkamah akan menentukan bon jaminannya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 11-10-2019 01:17 PM
Org barat menentang kuat perkahwinan bawah umur,  tapi kes ibu2 muda atau kelahiran bawah umur atau remaja masih ada.

Rasanya kesannya sama saja,  paling sengsara adalah remaja perempuan,  bila takut nak bg tahu ibubapa dah mengandung,  jadi kes seperti diatas.

Kesian kat bayi yg tak tahu apa2 jadi mangsa,  kesian juga pada ibu muda yg mungkin stress tak tahu apa nak buat,  tiada tempat mengadu,  akhirnya buat keputusan yang salah.  
Quote minguk 11-10-2019 01:32 PM
kejamnya                    
Quote Cpkay 11-10-2019 02:47 PM
kat sana perkara mcm ni mcm biasa je kan
Quote Artemesiaa 11-10-2019 03:05 PM
Mana2 atas dunia ni tak kira bangsa atau agama sama je kesnya
Quote skullcandy 11-10-2019 04:16 PM
kenapa perlu tikam berkali kali....psiko
Quote faraway1 11-10-2019 08:28 PM
aiyo kenapa tikam..
bela ajelah.

anak jiran me pun ngandung muda ni..
16 tahun, mak pak sesama tolong jaga cucu dorang,
next year beranak lagi sorang hahahah
sian atuk sedih sebab baby boy lagi, dia harap girl

budak tu masih pergi sekolah dan sanagt bertanggungjawab jaga dua anak..
Quote Asdan 11-10-2019 08:48 PM

manusia cipta law, tapi law itu sendiri menyebabkan manusia mati, macam bingai kan ?
Quote Pink_Purple 12-10-2019 12:58 PM
sanggup buat kat darah daging sendiri

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.094139 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top