CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Tunjuk Skil 'Roti Canai Terbang'

7-10-2013 04:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14737| Komen: 125


Muhammad Fauzi menunjukkan kemahiran membuat roti canai terbang di hadapan isteri dan tetamunya, semalam.


AYER MOLEK - Majlis perkahwinan seorang penebar roti canai di Bukit Lintang, dekat sini, menarik perhatian tetamu apabila diserikan dengan aksi menebar roti canai  'terbang' daripada pengantin itu sendiri.

Aksi dilakukan Muhammad Fauzi Mohd Nor, 31, yang buat pertama kali disaksikan isterinya, Hafizah Hanis Mohd Mokhtar, 25, walaupun sudah berkenalan hampir setahun sebelum diijabkabulkan, kelmarin.

Muhammad Fauzi berkata, dia melakukan perkara itu sekadar hiburan untuk tetamu yang hadir pada majlisnya, selain menjadi hadiah kepada isterinya untuk menyaksikan sendiri kemahirannya melakukan pelbagai skil sebagai penebar roti canai terbang profesional yang berpengalaman lebih 15 tahun.

Anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu menebar tiga keping roti canai dengan melakukan tebaran, kombinasi melambung dan terbang, pusaran serta memusingkan tebaran menggunakan dua tangan dalam masa hampir 10 minit.

Mengenang detik perkenalan mereka, Muhammad Fauzi berkata, dia menjalin hubungan dengan isterinya yang berasal dari Jembatan Duyong, di sini selepas diperkenalkan rakannya.

Dia kini bertugas di sebuah restoran makanan Timur di Sydney, Australia dan bakal bekerja di tempat baru iaitu di Melbourne selepas cuti kahwinnya tamat.

“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan membawa  isteri saya berhijrah ke sana (Australia) kerana saya mempunyai kerjaya di sana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Fauzi berkata, sepanjang melakukan kerja sebagai penebar roti canai berkemahiran, dia  melakukan pelbagai aksi dan  sudah beberapa kali menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan.

8

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 7-10-2013 03:01 PM
terkesima isteri beliau


btw ... cantik baju. pink.
Quote tipuware 7-10-2013 03:04 PM
kena fikir byk kali nk tulis apa ni, bila baca part dia kerja di Sydney rupanya

canai roti canai pun boleh kerja sampai ke Sydney. bagus betul!!
Quote Nash^Roy 7-10-2013 03:08 PM
respek.. nampak cam manusia yg down to earth..
Quote ren0_0 7-10-2013 03:09 PM
fuuuhhhhh.... menebar roti canai sampai ke aussie. hebak

teringat trip kalau ke umbai melaka. nanti akan lalu depan skolah henry gurney. ada traffic light kat depan tu dan ada kedai roti canai hikmah. kat situ ada sorang yang pandai menabar...lamaaaaaaaaaa. sampai terlopong kitorang tperati dalam kereta
Quote alepmama 7-10-2013 03:10 PM
baju cantik
cerah masa depan bini
---> ok nextt!


p/s roti canai terbang takpe jangan parang terbang
Quote bottombikini 7-10-2013 03:10 PM
bestnye bini dia..pas kawin ikut hasben dok melben
Quote aliaa 7-10-2013 03:16 PM
seronok bini dia dapat g sydney
Quote am. 7-10-2013 03:23 PM
tebar roti canai kalu tak sama macam tebar spender
Quote namirulmukminin 7-10-2013 03:23 PM
Tuah badan.... bukan stakat gi honeymoon ja kat aussie... dapat duduk terus kat sana tu...
Quote totokreturn 7-10-2013 03:25 PM
Aku suka makan asam pedas kat malinja, bukit baru, ada roti canai terbang gak...
Quote vv2005 7-10-2013 03:25 PM
hari2 lah si isteri makan roti canai...
Quote fatehana 7-10-2013 03:26 PM
rezeki bini dia dpt terus dok aussie sbb lakinya mmg dah kijer sana
bgslah dia x malu nak ngaku dia penebar roti canai
Quote AprilNing 7-10-2013 03:33 PM
Fazura patut tenguk berita ni..

Penebar roti canai kan calon pilihan hati Ms.Fake
Quote tapibukanaku 7-10-2013 03:39 PM
fatehana posted on 7-10-2013 03:26 PM
rezeki bini dia dpt terus dok aussie sbb lakinya mmg dah kijer sana
bgslah dia x malu nak ngaku dia ...

penebar roti canai pun poket tebal
Quote tapibukanaku 7-10-2013 03:39 PM
totokreturn posted on 7-10-2013 03:25 PM
Aku suka makan asam pedas kat malinja, bukit baru, ada roti canai terbang gak...

kat melaka jugak ke?
Quote fatehana 7-10-2013 03:42 PM
tapibukanaku posted on 7-10-2013 03:39 PM
penebar roti canai pun poket tebal

taw xper tba
smp aussie uols
hah nnt org kata "ko ada"
Quote sapp73 7-10-2013 03:42 PM
ren0_0 posted on 7-10-2013 03:09 PM
fuuuhhhhh.... menebar roti canai sampai ke aussie. hebak

teringat trip kalau ke umbai m ...

ren...tu kedai bapak dialah tu...dulu dia menebar kat kedai bapak dia, pastu 2/3 org adik beradik pindah ke Australia...offer baik kot, lagipun kat sana ramai rakyat malaysia yang rindu nak makan roti canai kat tempat orang

Quote nurul_akmar 7-10-2013 03:44 PM
murah rezeki.
Quote kelana36 7-10-2013 03:45 PM
owh aku pernah jumpa/makan roti dia kat Sydney, siap ambik video lagi masa dia buat roti terbang..
all the best to you fozzy..

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.086746 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top