CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kau Tau Aku Siapa?" Norhizam Hassan Baktee Terima Gelaran Datuk Melaka

11-10-2019 02:44 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7773| Komen: 34|Original author: Tukang Tulis

Norhizam Hassan Baktee terkenal dengan isu-isu kontroversi yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook

Exco Kerajaan Negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang terkenal dengan beberapa isu kontroversi menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada 11 Oktober.

Memetik laporan Bernama, beliau merupakan salah seorang daripada 566 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob.

Nama Norhizam mula menjadi sebutan selepas rakaman video 'perbincangan hangat' ketika beliau menyerbu stor menyimpan baja subsidi di Melaka pada 29 Ogos 2018 tular dalam media sosial. 

Norhizam ketika menyerbu stor menyimpan baja subsidi di Melaka. Kredit foto: Facebook

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu sekali lagi menjadi topik perbualan netizen berikutan rakaman video berkaitan isu penutupan jalan Taman Akasia-Kampung Pengkalan Nibung di Pengkalan Batu, Melaka.

Baru-baru ini, wakil rakyat dari DAP itu mencipta kontroversi apabila mendakwa, babi hutan dari Indonesia telah menceroboh Melaka melalui Pulau Besar sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai yang lain.


Apa pula kata netizen sebaik sahaja mengetahui Norhizam dianugerahkan gelaran Datuk?

Kredit foto: Facebook
Ada juga yang bertanya sama ada DAP membenarkan Norhizam menerima gelaran itu kerana ia bercanggah dengan prinsip parti yang tidak membenarkan pemimpinnya berbuat demikian semasa masih berkhidmat.
Kredit foto: Facebook
Walau apa pun, tahniah kepada YB Norhizam yang menambahkan lagi warna-warni dalam dunia politik tanah air. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raxief 11-10-2019 03:07 PM
mohon datuk norhizam siasat kes kerat 8 di krubung
Quote thetimes 11-10-2019 03:27 PM
Tahniah la DATUK Norhizam {:nose
Quote AbukRokok 11-10-2019 03:40 PM
tahniah utk 'Beliau'

Quote CiliPadiSedap 11-10-2019 03:41 PM
PRU akan datang DAP tumbang. jom orang melayu bersatu.
Quote EmaAsmadi 11-10-2019 03:44 PM
Datuk melaka ni lebih kurang macam sultan melaka norjan
Quote Sham143 11-10-2019 03:51 PM
Edited by Sham143 at 11-10-2019 04:05 PM

Mulut mcm puaka.. tapi mungkin jenis orang yg buat kerja.. Setengah2 adun mulut manis tapi kerja tk jalan..
Quote cikja 11-10-2019 03:57 PM
Lg gah laa lps dapat title datuk ni... {:teatime
Quote nanies 11-10-2019 04:08 PM
datuk beli kettew?
Quote helicornia 11-10-2019 04:24 PM
datuk gangster
Quote rhea85 11-10-2019 04:29 PM
sumbangan apakah heshe?
Quote hatikudus 11-10-2019 04:30 PM
yb berlagak samseng ni...mati sok dalam kubur malaikat plak tanya dia "kau tau aku sapa?"
Quote Kurex 11-10-2019 04:35 PM
makin kuat la ego dia ni
Quote mizzmimi 11-10-2019 05:34 PM
Screenshot_20190720-100355_1.jpg

Macam ne ka..
Quote jazaa100 11-10-2019 05:40 PM
raxief replied at 11-10-2019 03:07 PM
mohon datuk norhizam siasat kes kerat 8 di krubung

Kenapa nak bg arahan kat saya?

Awak YB ke saya YB?.....
Quote GigaMom 11-10-2019 05:53 PM
Edited by GigaMom at 11-10-2019 07:07 PM
mizzmimi replied at 11-10-2019 05:34 PM
Macam ne ka..


Hahahahahahah!!!
Ini deserve 1 thread d kolum lawak sana
Quote mizzmimi 11-10-2019 05:56 PM
jazaa100 replied at 11-10-2019 05:40 PM
Kenapa nak bg arahan kat saya?

Awak YB ke saya YB?.....

YB kan berkhidmat untuk rakyat. Apoo la. Ting tong agaknya si kudut ni.
Quote buapakperut 11-10-2019 05:57 PM
ikan laga sila gigit hidungnya yang menggerutu
Quote mizzmimi 11-10-2019 05:58 PM
GigaMom replied at 11-10-2019 05:53 PM
Hahahahahahah!!!
Ini deserve 1 thread d kolum kawak sana

Betulkan dia cakap.. Haha.. Kalo gadoh2 memang ayat wajib kuar ni.. Tibe amnesia.. Haha..
Quote febreze 11-10-2019 11:52 PM
CiliPadiSedap: PRU akan datang DAP tumbang. jom orang melayu bersatu.


jomm! no zahid no jibby no k.mah..
tok mat tolong ambil alih pls

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060748 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top