Mesti semua gempar dengan cerita pelakon Amar Asyraf yang kononnya telah beristeri dua dan sedang 'try untuk pasang nombor tiga'. Tetapi, langkah buayanya itu dipatahkan apabila wanita ketiga itu membongkarkan rahsianya ke khalayak menerusi laman Instagramnya.
Setelah puas netizen 'membawang', akhirnya Amar Asyraf tampil dan menceritakan tentang hal sebenar mengenai kontroversi itu kepada Berita Harian. Menurut Amar, dia sebenarnya mengharapkan agar hubungan dia bersama gadis itu kekal rahsia di antara mereka kerana percintaan mereka dikatakan telah tamat sekitar Mac lalu. Tapi, tak sangka gadis itu akhirnya membuka pekung lelaki itu. "Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami," jelasnya. Amar juga tidak segan untuk mengaku bahawa kesilapan itu datang daripadanya dan dia memohon maaf kepada sesiapa yang terlibat. Namun, dia tidak mahu perkara ini diungkit lagi. "Dalam hal ini, saya salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terjerat dengan cinta tiga segi. "Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi. Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan." Menurutnya lagi, isteri dan keluarganya telah mengetahui tentang berita ini dan mereka tenang menghadapinya. Hubungan dia dan isterinya juga masih baik. "Isteri tahu hubungan saya dengan gadis itu. Dia tidak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang perkara sebenar. Dia bagaimanapun, terkilan apabila cerita itu mula tersebar. "Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain," katanya lagi. Dah terhantuk baru nak terngadah. - CARI
|
ADVERTISEMENT