Tak sedar diri umur dah 43 tahun, pakai lagi baju seksi dan menjolok mata! Hinaan ini dilemparkan kepada penyanyi dangdut terkenal Amelina ketika sesi penggambaran di sebuah studio baru-baru ini.
Dress yang terbuka di bahagian dada itu digayakan bersama aksesori rantai leher dan topi. Dia memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen, "Bila Kaklong berusaha keras nak posing macam budak 18 tahun walaupun..." tulisnya.
Di ruangan komen rata-ratanya kurang senang dengan penampilannnya. Ditambah pula dengan statusnya yang bergelar ibu tunggal kepada enam orang anak. "Gelilah tengok, tak sesuai dengan umur" "Baju dah direka tutup sampai atas kenapa perlu buka dan dedah dada?" "Saya suka tengok Kak Long muncul balik ke dunia nyanyian tapi kalau makin hari makin macam ni baju kakak, aduhai naik menyampah!" Tak mengapalah Amelina. Ambil kritikan ini sebagai sesuatu yang positif dan cuba perbaiki diri ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|