CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Isteri Roy Azman Kena Tipu, Nak Sangat Beli Telefon Mahal

11-10-2019 11:54 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 15888| Komen: 58|Original author: Oleh: ameenarara

Harapan untuk memiliki sebuah telefon bimbit jenama mahal berakhir dengan kekecewaan apabila penjual atas talian itu menipu Fyda Razali, isteri Roy Azman.

Terperangkap dengan jualan murah atas talian, Fyda berkongsi luahannya di Facebook. Harga yang dipaparkan adalah RM900 menyebabkan dirinya tertarik dengan promosi harga telefon bimbit tersebut, lapor Berita Harian.



Foto: Instagram

Malangnya sindiket 'scammer' berjaya mempermainkan dirinya dengan meminta wang deposit sebanyak RM1,700 dan percaya apabila wang tersebut akan dikembalikan dalam tempoh lima minit untuk kegunaan mengakses kad pintar.

Fyda melakukan kesilapan apabila mempercayai alasan 'scammer' itu. Dia begitu yakin dengan tindakan individu tersebut kerana berani menunjukkan wajahnya.

Kemudian, dia diminta untuk memberikan wang sebanyak RM2,300 dan pada waktu tersebut baru dirinya tersedar dia telah ditipu.



Foto: Sumber Internet

Mesej yang dihantar pada mulanya adalah dalam bahasa Melayu, namun lama-kelamaan berubah menjadi bahasa Indonesia.

Dia telah mendapatkan nasihat adik iparnya yang merupakan anggota polis dan telah membuat laporan tentang sindiket tersebut. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur dan dia perlu menanggung kerugian sebanyak RM2,600.



Pihak polis boleh mengesan individu tersebut jika laporan yang dibuat cepat kerana dia masih aktif menerusi aplikasi Whatsapp. Namun, Fyda seakan terlewat sedikit untuk mengambil tindakan.

Malang sungguh nasib Fyda ditipu hidup-hidup dengan 'scammer'. Jangan lagi percaya dengan promosi murah di atas talian. Semua itu menjerat duit sendiri. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 11-10-2019 11:57 AM
Ehem ehem tu skandal dia?
Yamng bini tu padan muka
Quote fushimi 11-10-2019 12:07 PM
nak beli ipun lertewwww

hello makcik len kali nak beli ipun beli kat machine punya kedai k

ipun yang murah murah tu bukan ori ya

tu semua china mari lol

Quote thetimes 11-10-2019 12:09 PM
Wife dia dulu bukan retis gak ke?
Kumpulan apa ntah, x ingat dah
Quote kucingitam 11-10-2019 12:10 PM
mana der la org nak jual ipon mur mur..tipu je semua tu
Quote rosewhite 11-10-2019 12:20 PM
thetimes replied at 11-10-2019 12:09 PM
Wife dia dulu bukan retis gak ke?
Kumpulan apa ntah, x ingat dah

bini dia pernah jadi model video klip zamani syair si pari-pari
Quote thetimes 11-10-2019 12:21 PM
Yelah...baru teringat...cantik gilo dia masa tu
Quote Beautifulliar. 11-10-2019 12:48 PM
Meols pelik hat suka beli brg2 online lg2 hp or brg lain yg rege beribu2 nape mcm mudah nau pcaye n transfer duit. Meols sejenis kedekut taik idung masin mmg idak la beli brg beribu2 n transfer online, baik meols g kedai deret boleh tgok brg skali.
Quote claudya 11-10-2019 12:52 PM
nak beli iphone ke kalau nak beli online, beli lah dekat apple store malaysia. jangan sebarangan beli dekat ig ke fb
Quote aechae 11-10-2019 12:52 PM
Beautifulliar. replied at 11-10-2019 12:48 PM
Meols pelik hat suka beli brg2 online lg2 hp or brg lain yg rege beribu2 nape mcm mudah nau pcaye n  ...

Iols tgk kt ig yg tnjuk retis tu beli ipon kt ig lh apa lh ye sungguh ke? Ke posing gmbar je? Iols yg marhaen pn either kt telco or g kedai real je...xkn lh retis duit byk nk beli ipon murah bgai?
Quote buapakperut 11-10-2019 12:56 PM
ermm handphone china 900 ok la, kalau iphone baru sah2, la scammer kak.... huhuhu
Quote imransulaiman 11-10-2019 12:59 PM
Percubaan nak memiliki IPhone 11 Pro Max ke tu?

Guna android saja lah.. Aman damai hidup.
Quote pumpkinpatch 11-10-2019 01:06 PM
Ada duit pegi terus kedai dapat butik service sekali. Adoiii!!
Quote MenteriWanita 11-10-2019 01:15 PM
Fikir logik lah, penat lah nak tulis ulang2, nak beli mana2 barang elektronik sila beli dikedai berhampiran rumah atau di laman web rasmi mahupun laman web yang ada partnership rasmi dengan product tersebut, payah betul orang zaman now ni.
Quote sukacactus 11-10-2019 01:23 PM
Kalau rege too good to be true tu usah la percaya
Nak jimat punya pasal kan dah rugi
Quote minahmanja 11-10-2019 01:27 PM
harga jual 900, pastu u pi byr 1700 buat ape.. adehhh kak oii..
Quote Beautifulliar. 11-10-2019 01:37 PM
aechae replied at 11-10-2019 12:52 PM
Iols tgk kt ig yg tnjuk retis tu beli ipon kt ig lh apa lh ye sungguh ke? Ke posing gmbar je? Iols ...

Ala retis acah2 je duit byk ujung2 brg murah xbkualiti jgk deme hadap
Quote minguk 11-10-2019 01:42 PM
anggap je lah sedekah mensucikan rezeki yang ada.. nak dapat balik memang tak ada dah tu..
Quote fushimi 11-10-2019 02:00 PM
LadyCarefree replied at 11-10-2019 11:57 AM
Ehem ehem tu skandal dia?
Yamng bini tu padan muka

ehem ehem tu couple yang jantan sebelah tu
bukan ngan si roy tu
Quote mieymiey 11-10-2019 02:00 PM
Masih cun melecun Fyda ni.
Iols suka Roy Azman, lawak heols tak dibuat-buat. Iols terhibur

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053646 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top