CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Anak-Anak Saya Juga Ada Hak' - Bekas Isteri Mejar Mohd Zahir Tak Dapat Bantuan

10-10-2019 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 101180| Komen: 957|Original author: jahcomel

“Saya berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak."


Itu yang disampaikan oleh bekas isteri Allahyarham Mohd Zahir, Jamilah Ismail, 37. 

Katanya, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar,8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9 hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan kasih sebagai perbelanjaan sekolah dan keperluan lain. 

Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, wanita ini berkata dia bukan mahu menagih simpati namun sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan, bantuan amat diperlukan. 


“Saya amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini, semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain kecuali yang diberikan oleh Yayasan Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja.

“Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati.

“Saya ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama arwah ayah mereka," katanya yang menetap di Peramu Jaya, Pekan. 

Dengan pendapatan RM25 sehari, dia perlu menyediakan wang saku RM10 untuk kedua anaknya setiap hari.

Foto: Awani
“Saya berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak arwah yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak.

“Berdosa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim,” katanya. 

Terdahulu, Mohd Zahir seorang anggota komando meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div). - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 10-10-2019 11:36 AM
selayaknya claim utk anak yatim,
semoga urusan Pn jamilah dipermudahkan demi anak2
Quote akakdendeng 10-10-2019 11:39 AM
walau pun dah bercerai...anak2 tu tetap anak arwah.  bahagi lah sama rata segala bentuk bantuan tu.  yg isteri baru jgn lah nak menafikan hak anak2 ni
Quote F685 10-10-2019 11:40 AM
Semoga 2 anak ini mendapat hak mereka & sentiasa dipermudahkan urusan.

Anak isteri arwah dengan bekas suami pernah ditulis dlm artikel & dianggap sebagai anak arwah.


Quote jahcomel 10-10-2019 11:43 AM
boleh baca kt fb natalia ali n zaza riani psl puan jamilah n ank2 arwah ni..
Quote monalisa7 10-10-2019 11:51 AM
Mana pergi bantuan yg banyak tu??????????????????????? masya ALAH kejam sungguh dunia ni.. satu lagi dapat tak pencen arwah suaminya..moha murah rezeki
Quote makita 10-10-2019 11:52 AM
Mac 2018 - cerai dgn isteri pertama
April 2018 -kawen dgn bali sekarang
Cepatnya move on.
Quote shamsadis 10-10-2019 11:58 AM
kesian anak2 nya
Quote watie79 10-10-2019 11:59 AM
makita replied at 10-10-2019 11:52 AM
Mac 2018 - cerai dgn isteri pertama
April 2018 -kawen dgn bali sekarang
Cepatnya move on.

dengar kata yg balu sekarang gedik keluar ngan arah masa belum cerai..cemana tuh ?

yg balu sekarang jgn buat2 hilang ingatan lak anak arwah ngan ex wife, anak yatim tu..
Quote eyansss 10-10-2019 12:00 PM
akakdendeng replied at 10-10-2019 11:39 AM
walau pun dah bercerai...anak2 tu tetap anak arwah.  bahagi lah sama rata segala bentuk bantuan tu.  ...

yang baru tu ada  berapa anak?
Quote fliphair8 10-10-2019 12:01 PM
hakak dah agak dah ni bakal berlaku, banyak sumbangan diterima, sepatutnya ade bahagian anak2 yg 2 ni....walopun media duk sebut2 anak2 arwah ade 5 orang, biological son dia 3 kan? 2 lagi anak isteri sekarang dengan suami sebelum, ke akak salah?
Quote GigaMom 10-10-2019 12:01 PM
makita replied at 10-10-2019 11:52 AM
Mac 2018 - cerai dgn isteri pertama
April 2018 -kawen dgn bali sekarang
Cepatnya move on.

Penyondol kaa
Quote rospinki 10-10-2019 12:03 PM
arwah cerai nk kawen ngan bini baru ni kejodoh takdir ajal maut ni susah nk cakap
ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahri
sebab tu aku tgk pandangan sayu arwah mcm ada sesuatu yg tersimpan
mungkin terkenangkan anak2 yg dibiar sedangkan bahagia dgn anak2 baru
Allah swt maha mengetahui..moga dipermudahkan kesulitan anak2 yatim arwah.


Quote pu3_rania 10-10-2019 12:05 PM
Kesiannya...
Pihak tersebut tolonglah buka mata ada lagi anak2 arwah yg TERABAI kebajikan depa
Sayu hati bila baca pendapatan Puan Jamilah hanya RM 25 utk kelangsungan hidup
Semoga anak2 Puan Jamilah mendapat keadilan hak yg saksama
Quote dubuk 10-10-2019 12:10 PM
adegan yang ingin kita lihat
Quote haryatie 10-10-2019 12:14 PM
kesiannya..mereka pun masih kecil lg
semoga dipermudahkan sgla urusan
jgn ambil hak ank2 yatim
Quote jahcomel 10-10-2019 12:18 PM
rospinki replied at 10-10-2019 12:03 PM
arwah cerai nk kawen ngan bini baru ni kejodoh takdir ajal maut ni susah nk cakap
ku sangka panas h ...

arwah bercerai ngn pn jamilah bulan 3/2018 n bkahwin ngn isteri baru 4/2018...
Quote TravellingBear 10-10-2019 12:23 PM
Ooo means sumbangan yg byk pihak bg tu dpt kat isteri sedia ada je lah ye.  Yg masuk paper kata isteri taknk panjang cerita ke apa masa AR Badul argue pasal kematian (u know . . . mmm hmm hmm)
Dorang pihak menyumbang di beritahu pasal biological kidz ke tak sbnrnye

Off topic .. Isteri baru perangai macam acik sains tulen ke. Perkenalkan anak sendiri sbg anak rahim padehal bukan biological daughter.
Quote jahcomel 10-10-2019 12:26 PM
kt fb balu arwah nih ari2 duk mrintih2 rindu kn arwah update sokmo...
Quote mizruncing 10-10-2019 12:26 PM
hurm kenapa perlu bgtau kt umum. bincang la elok2 dgn bini baru arwah tu. tak pn mintak tlg ar badul selaku atuk dorg tu. ni mcm nk memburukkan bini baru plak. bukan nk back up sape2 sbb arwah dh meninggal pn. bila keluar citer mcm ni mcm2 la cerita tak sedap keluar. sblm ni masa arwah ada mcm mana? arwah ada bg nafkah tak untuk anak2 bekas isteri. klu ada setel baik2 dgn bini baru tu

Lihat semua komen(957)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.077986 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top