Mungkin kadang kala sebagai pengguna, kita terlupa tentang jerit perih dan cabaran dilalui oleh tukang masak atau pun cef di mana-mana restoran atau hotel.
Sehingga menyebabkan pengguna hanya tahu memberikan komen negatif dan juga merungut banyak perkara. Baru-baru ini, satu halaman Facebook mendedahkan keadaan sebenar tukang masak atau cef yang terpaksa berkorban di dapur bagi memberikan hidangan terbaik buat pengguna. “Dalam kepayahan mencari rezeki yang halal, tidak ada orang nak ambil tahu susah senang mereka,” tulis status di Facebook Viral Malaysia. Ia sekaligus mengingatkan para majikan agar tidak terus atau sebarangan memaki hamun pekerja mereka jika mendapat rungutan daripada pelanggan.
“Managelah (uruslah) dengan humaniti (kemanusiaan) bukan dengan authoriti,” tulis status itu lagi. Menerusi hantaran itu dapat dilihat pekerja di dapur terpaksa makan tanpa meja dan kerusi, selain melepaskan lelah di stor makanan kering. - CARI
|
nafham replied at 10-10-2019 04:06 AM
Sedeh tgk komen2 semua kt sini sepertinya semua mmg mesti hidup susah. Klu tak susah persisnya berte ...
ADVERTISEMENT