Sedih penulis sampaikan berita kematian anak kepada penyanyi dari program 3 Juara, Azizul Haqim yang meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru Isnin lalu.
Bayi ini dilaporkan terkena jangkitan kuman selepas beberapa jam dilahirkan pada Khamis lalu.
Difahamkan, bayi yang dinamakan Aulia Irdina itu hanya mampu hidup selama 4 hari. Azizul dan isteri hanya mampu pasrah dengan ketentuan Allah dan mengganggap mereka tiada rezeki. "Al-fatihah buat anak syurga mummy dan abah yang cantik ini. Adik sentiasa hidup dalam hati mummy dan abah." "Terima kasih Allah atas pinjaman berharga ini walaupun hanya sempat 4 hari sahaja. Abah puas dapat mandikan dan kafankan adik. Adik wangi sangat. Senyum saja masa dimandi dan dikafankan," tulisnya di Instagram.
"Adik hebat dan kuat sangat, bertarung nyawa beberapa hari di NICU, sampai takdir Allah kata adik akan hidup di taman syurgaNya terlebih dahulu". Semoga Azizul dan isteri tabah dengan pemergian anak mereka itu. Berikut video terakhir Azizul mendukung anaknya.- CARI |
famri7 replied at 10-10-2019 12:17 PM
Perlu ke tunjuk video camti? Merempan tak nak tinggal?
famri7 replied at 10-10-2019 12:17 PM
Perlu ke tunjuk video camti? Merempan tak nak tinggal?
ADVERTISEMENT