CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Permaisuri Agong Ajak Orang Melayu 'Spikong' Bahasa Orang Cina, India

9-10-2019 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13718| Komen: 317

Raja Permaisuri Agong sering tampil dengan tweet yang bersahaja, jenaka dan tidak kurang juga memiliki input tersendiri.

Terbaru, baginda menyarankan orang Melayu supaya turut mempelajari bahasa lain iaitu yang digunakan oleh masyarakat India dan Cina, tanpa mengabaikan bahasa ibunda. 


Kredit foto: Bernama

Tunku Azizah Aminah Maumunah Iskandariah juga menganggap kaum India dan Cina di negara ini beruntung kerana mahir menggunakan tiga bahasa.

“Kita Melayu hanya spikong bercakap (dua bahasa). Alhamdulillah, itulah kelebihan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya sarankan kita Melayu kena belajar bahasa India/Cina, jadi kita semua rakyat Malaysia boleh bertutur tiga bahasa!” tulis baginda.


Dalam pada itu, ada di kalangan warganet yang bertanya tentang perkataan 'spikong' yang digunakan baginda.


Kata Baginda, sengaja perkataan itu digunakan untuk merujuk perkataan 'speaking' atau bertutur dalam bahasa Inggeris, selain ia dijadikan usikan supaya mereka 'tidak boring baca!'.

“Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul.. saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya... saya anak Melayu!” kata baginda lagi. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 9-10-2019 03:00 PM
Nasib baik Oksana tak sempat jadi queen,
jika tidak rakyat Malaysia mesti spikong Bahasa rusia juga lah ya
Quote Kurex 9-10-2019 03:02 PM
dekat opis ni, sepet selamba mengumpat kurex walhal kurex faham je bahasa orang..
Quote sarah82 9-10-2019 03:39 PM
Kurex replied at 9-10-2019 03:02 PM
dekat opis ni, sepet selamba mengumpat kurex walhal kurex faham je bahasa orang..

Kurex.. Kadang2..ang kena bangun. Dab sound depa direct.. Jadi masa tu depa x berani dah mengata.. Dulu kat opis mcm tu.. Bila aku bgn sound aku faham apa depa mengata.. Siap dgn pakej kesalahan depa.. Depa x berani mengata aku dah
Quote Artemesiaa 9-10-2019 03:46 PM
Tak rugi pun belajar banyak bahasa kalau ada yang mengutuk dalam bahasa ibunda mereka senang je nak kantoikan
Quote Cpkay 9-10-2019 03:53 PM
mandarin tu senang nak blaja..
dulu blaja 3 sem as  a second language..
sampai lah ni dah almost 10 tahun grad pun masih
boleh cakap sikit sikit mandarin..
Quote MenteriWanita 9-10-2019 03:55 PM
Queen pun dah seru belajar banyak bahasa, yang untung kita jua kan, semoga semua ambil positif atas saranan ini yah, 5 tahun lagi kita forumer dah boleh tulis arab dalam ni,

ayuh majukan diri kita, pilihlah bahasa yang kita suka, jangan paksa diri belajar benda yang kita tak suka, mohon ada yang buka kelas hindi ke apa dekat thread penat nak baca subtitle apa Shahrukh dan Kajol ckp,

Yang aku faham "Rahul juice, Rahul Juice" sambil Anjali memang kordel Sunquick tidak bancuh nya itu
Quote Kurex 9-10-2019 03:56 PM
sarah82 replied at 9-10-2019 03:39 PM
Kurex.. Kadang2..ang kena bangun. Dab sound depa direct.. Jadi masa tu depa x berani dah mengata.. ...

bos jepun aku bekap aku.. kata dia, kalau ada isu lagi, akan ada tindakan.. lepas tu takde dah dorang mengata.. tak tau la kan kalau belakang aku
Quote RatuDunia94 9-10-2019 04:05 PM
white_musk: Nasib baik Oksana tak sempat jadi queen, jika tidak rakyat Malaysia mesti spikong Bahasa rusia juga lah ya

{:full

Why not...

"rivet Oxana. ty vyglyadish' tak krasivo. Spasiba!"
Quote tagas 9-10-2019 04:05 PM
yie ek sang sek uu liuk chee pak

uner rendek nalek

eh betul ke
Quote gaara_X 9-10-2019 04:05 PM
tak rugi belajar pelbagai bahasa...banyak manfaatnya....
Quote sarah82 9-10-2019 04:07 PM
Kurex replied at 9-10-2019 03:56 PM
bos jepun aku bekap aku.. kata dia, kalau ada isu lagi, akan ada tindakan.. lepas tu takde dah dor ...

Depa mcm melayu juga suka mengata.. Aku selalu kahakkan saja kalau org kata depa xs suka mengata.
Quote elastico 9-10-2019 04:25 PM
“Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul.. saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya... saya anak Melayu!” kata baginda lagi.

Saya suka ayat ni
Quote haitu 9-10-2019 04:34 PM
permaisuri tongong bahase kebangsaan sendiri pun tak betul tengoklah indon kat forem ni seluruh perkataan malaysienye betul sume walau bukan bahase kebangsaan sendiri pun , raje tak gune memang
Quote tokchik 9-10-2019 04:47 PM
SPIKONG
speaking... Bahasa ingeris
Kong... Bahasa cina.. Bererti.. Cakap

Contoh..
Nie Kong.... Wa pu yaw kong
Bererti
Kau cakap... Aku tak Nak cakap
Quote Dwdrum 9-10-2019 04:54 PM
bukan kah ibu queen mat salleh kah .... lupa keturunan ?
Quote Kurex 9-10-2019 04:55 PM
sarah82 replied at 9-10-2019 04:07 PM
Depa mcm melayu juga suka mengata.. Aku selalu kahakkan saja kalau org kata depa xs suka mengata.

kan, balik2 kata "tengok cha ya nun, tak tikam belakang, tak jeles, tak iri hati, tak mengata"..
padahal lagi teruk kot dorang ni
Quote Dwdrum 9-10-2019 04:58 PM
haitu replied at 9-10-2019 12:34 AM
permaisuri tongong bahase kebangsaan sendiri pun tak betul tengoklah indon kat forem ni seluruh perk ...

mabuk air jamu kah indo? ..... indo yang migrate ke malaya guna status bumi pun cakap bahasa melaya tiada cakap jawa or bugis pun....
Quote pokaibanktokyo 9-10-2019 05:03 PM
Edited by pokaibanktokyo at 9-10-2019 11:51 AM

Jangan harap la aku nak blajar bahasa cap ayam itu semua
Quote haitu 9-10-2019 05:04 PM
Dwdrum replied at 9-10-2019 04:58 PM
mabuk air jamu kah indo? ..... indo yang migrate ke malaya guna status bumi pun cakap bahasa melay ...

ko hengat indon kat forem ni pernah migrate ke mane mane ke? malon tongong kantoi lagi



Lihat semua komen(317)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.182962 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top