Desas desus perceraian antara penyanyi Adira dan suaminya semakin hangat terdengar kebelakangan ini. Bagaimanapun, berita itu nampaknya bakal menjadi kenyataan apabila sumber OhMyMedia mengesahkan sudah mendapat maklumat bahawa Adira sudah menfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombah Barat. Menurut sumber itu lagi, kes mereka akan dibicarakan pada pukul 3 petang ini, walaupun jadual asal perbicaraan ialah pada pukul 9 pagi tadi. Walau bagaimanapun, gossip itu ditepis hebat oleh suaminya, Datuk Red. 'Berita mengatakan kami bakal bercerai itu palsu, kami masih bersama, malahan saya baru pulang ke rumah Adira semalam dan kami mengadakan hubungan intim' tepis Datuk Red. Perkahwinan mereka pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu memandangkan Adira merupakan isteri kedua dan mereka terpaksa bernihka di selatan Thailand. Mereka turut dikurniakan 3 orang cahayamata. Kita doakan yang terbaik untuk Adira dan keluarganya.- CARI
|
ADVERTISEMENT