CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Bakar Rumah, Lima Termasuk Tiga Kanak-kanak Maut

9-10-2019 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3898| Komen: 23

Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun didakwa atas lima tuduhan membunuh selepas membakar sebuah rumah treler.



Daily Mail melaporkan, kejadian itu menyebabkan lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak terbunuh.

Peguam Daerah Woodford, Greg Minger berkata pada Selasa, suspek turut didakwa atas tiga tuduhan membakar dengan sengaja.


Daemeon Wall

Ariel Wall


Kejadian jam 11 malam pada 6 April lalu membunuh Ariel Wall, 1, abangnya, Daemeon Wall dan sepupu Rose Alwood, masing-masing berusia dua tahun, bapa Daemeon, Jason Wall, 34, dan nenek kanak-kanak terbabit, Kathryn Murray, 69.

Kesemua mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat menghidu asap.


Jason Wall

Kathryn Murray

Manakala, tunang Jason Wall, Katrina Wall, 27, dan anak lelakinya hasil perhubungan terdahulu, Kyle Alwood, 8, berjaya menyelamatkan diri dari kebakaran itu.

Identiti dan perhubungan suspek dengan mangsa bagaimanapun terpaksa dirahsiakan.

Jiran mangsa, AnnaMarie Siebert memaklumkan kepada Journal Star bahawa dia terdengar jeritan dari arah rumah yang sedang dijilat api itu.

Namun, saksi di lokasi kejadian tidak mampu berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.


Foto: Daily Mail

Minger berkata, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan pemantauan sekurang-kurangnya lima tahun dan diberi kauseling.

Bagaimanapun, suspek kanak-kanak itu tidak akan dihukum penjara walaupun didapati bersalah akhir perbicaraan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 9-10-2019 11:31 AM
burita benerkah ini sister?  kakak syak jarum2 halus jua....mana mungkin anak kokesen suchi murni sekecil ini sudah mampu berbuat aksi syaiton ini
Quote Foxey 9-10-2019 11:43 AM
Kecik2 dah jadi arsonist, sampai mati orang.
Quote Artemesiaa 9-10-2019 11:47 AM
Berani betul buat macam tu tapi sebab masih kanak2 terlepas dari hukuman berat
Quote fliphair8 9-10-2019 11:47 AM
ape kesah bebudak bakar tahfiz tu?
Quote 7th 9-10-2019 11:54 AM
jenis budak yang suka api. dulu masa kecik aku ada gak perangai ni. terbakor kebun tebu kena piap dengan getah paip.
Quote minguk 9-10-2019 11:54 AM
bersahabat dengan syaitan ke kecil-kecil dah ada idea membunuh?
Quote umbut 9-10-2019 11:54 AM
Tak pelik.. Byk je kes kokesen bunuh mak pak..
Quote sarah82 9-10-2019 12:26 PM
7th replied at 9-10-2019 11:54 AM
jenis budak yang suka api. dulu masa kecik aku ada gak perangai ni. terbakor kebun tebu kena piap de ...

Tu bukan piap dah.. Tu sebat dah
Quote CiliPadiSedap 9-10-2019 12:41 PM
fliphair8: ape kesah bebudak bakar tahfiz tu?

Kisahnya menyayat hati
Quote CiliPadiSedap 9-10-2019 12:41 PM
7th: jenis budak yang suka api. dulu masa kecik aku ada gak perangai ni. terbakor kebun tebu kena piap dengan getah paip.

Dah besar bakar ladang sawit sis,boleh eksport jerebu ke indonesia
Quote prettyuglybabe 9-10-2019 12:54 PM
kata acik forum, jangan dikecam..
budakkkk.. apa la yang dorang tau
Quote MenteriWanita 9-10-2019 01:03 PM
Pandai lah kau budak 9 tahun nak buat semua ni, budak umur gitu tengok api lighter pun masih takut, kau check betul2, siapa dalang disebalik kes ini, apoooooooo
Quote ToungeSoup 9-10-2019 01:29 PM
haishh....ala2 movie sinister sangat...
Quote delsmomm 9-10-2019 02:02 PM
macamana cara dia bakar tu..

xde ke dibgtau.. kata api marak dengan cepat.. gimana la gamaknya dia bakar tu..
Quote leylapple 9-10-2019 02:25 PM
apa jadi dgn budak 2 org yg umo 10 dgn 11 tahun bakar rumah jiran2 kat kelantan tu?
Quote Perawankota 10-10-2019 01:57 AM
Seram lahai dgr
Quote Eric.n9 10-10-2019 08:28 AM
Klu ada sesapa tengok video keadaan rumah tu sebelum terbakar, akan paham kenapa rumah tu cepat sgt terbakar...
Yg dikatakan membakar rumah tu ada channel youtube nya sendri.
Ironinya, dia adalah salah sorang yang terselamat
Quote Peterpan17 10-10-2019 09:01 AM
prettyuglybabe replied at 9-10-2019 12:54 PM
kata acik forum, jangan dikecam..
budakkkk.. apa la yang dorang tau

kan? mcm budak budak yg beraya kerumah org rendam kucing dlm tong air smp mati. Budak budak apa tau katanya. Pffff!! kecik kecik dah jd pembunuh. esok mak bapa kena bunuh barulah padan muka
Quote MissCarcosa9753 10-10-2019 09:02 AM
Muda lg
Tapi akal dah tua

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.197701 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top