Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Tambahan jika ia melibatkan seni mempertahankan diri silat yang membutuhkan kekuatan fizikal serta mental jika mahu menguasai pihak lawan.
Kita tak akan sentiasa menang, jadi jika kalah kenalah terima hakikat itu. Tetapi, tidak bagi adik ini yang nampaknya seprti tidak dapat menerima kekalahannya sehingga terpaksa 'diangkat' keluar oleh pengadil kerana dia kelihatan ingin menyerang lawannya yang diumumkan sebagai pemenang. Jikalau dilihat semasa perlawanan itu berlangsung pun, adik itu kelihatan meluru ke arah pihak lawan kerana mendapat mata atas sepakannya, namun berjaya dihalang oleh wasit pertandingan itu. Kejadian ini dikatakan berlaku di Pantai Kijal, Terengganu.
Netizen yang menonton video ini rata-ratanya terhibur melihat 'amukan' adik itu yang seperti tidak dapat menerima kekalahannya. Pun begitu, ada juga netizen yang risau kerana melihat adik itu yang terlalu beremosi. Risau sekiranya dia mempunyai isu masalah mengawal perasaan marah apabila sudah besar nanti. |
fofuler replied at 9-10-2019 10:56 AM
Sorry tapi wasit tu apa?
ADVERTISEMENT