Kononnya dia disamun, namun rupanya selepas siasatan wanita kantoi berpakat dengan teman lelaki melarikan wang berjumlah RM17,300 milik majikannya.
Harian Metro melaporkan, kerani spa itu membuat laporan palsu dia disamun selepas mengeluarkan duit dari bank di Bandar Sunway, Seberang Jaya semalam. Namun, siasatan polis mendapati dia mahu menghabiskan duit itu untuk membeli-belah bersama teman lelaki. Dia kini ditahan, manakala teman lelaki sudah melarikan diri dengan wang yang dicuri itu. “Bagaimanapun hasil siasatan lanjut, suspek akhirnya mengaku yang dia sebenarnya merancang bersama teman lelaki untuk melarikan wang terbabit.
“Suspek juga memberitahu yang dia memang ditugaskan setiap bulan untuk mengeluarkan wang milik majikan bagi membayar gaji pekerja lain,” kata Ketua Polis Daerah Seberang perai Tengah. Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid juga berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. Manakala, teman lelakinya sedang dalam buruan polis. - CARI
|
prettyuglybabe: 17 ribu tu bukan besar pun..tak berbaloi langsung..
Eric.n9 replied at 8-10-2019 11:56 AM
Boss dah punya percaya kat ko, dik.
Bukan senang kot, bulat2 dia nak bagi ko buat tanggungjawab tu. ...
gigahertz replied at 9-10-2019 02:23 AM
i rasa kan kalau one day tiba tiba bos dia sakit jantung dan staff dia ni berada di sisi dia ketik ...
gigahertz replied at 9-10-2019 02:23 AM
i rasa kan kalau one day tiba tiba bos dia sakit jantung dan staff dia ni berada di sisi dia ketik ...
ADVERTISEMENT