CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tudung Itik, Neelofa Vietnam Ni Berlambak, Tak Rasa Berdosa Ke Pakai Tudung 'Fake'?"

8-10-2019 05:31 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 26278| Komen: 89|Original author: Shimmer Shine





Pernah nampak tudung berjenama mewah tetapi dijual dengan harga yang sangat murah?
Lebih menarik, ianya dijual di pasar malam atau pun dibeli oleh rakan-rakan yang baru pulang melancong.

Jika harga tudung berjenama biasanya dijual dengan harga RM100 ke atas tetapi dengan adanya tudung tiruan ini, ianya cuma berpuluh ringgit sahaja. Jauh daripada harga tudung asal.

Jadi, ada dua persolan di sini, mengapa ada orang yang sanggup membeli tudung mahal jika boleh mendapat dengan harga murah dan mengapa pula ada yang membeli tudung tiruan jika dia sebenarnya tidak mampu pun? ML Studio mengupasnya.


Menurutnya, selain perasaan bangga kerana memakai tudung berjenama berbanding tudung biasa, ianya juga adalah kerana kualiti yang dipamerkan oleh tudung asli ini.


"Tudung 'fake' biasanya dibeli di Vietnam, rasanya jual murah giler. Pernah terjebak beli tudung fake,
 RM40, yang harga biasanya RM120, surprisely, ada sesetengah bagi kotak, tapi takdalah kad-kad.
Jenama diletakkan sebiji sama dengan yang ori. Tetapi bila pakai, rupanya tak selembut tudung yang asal."

Kredit foto: IG

Oleh itu, mereka menyarankan agar jika mampu belilah tudung yang asli kerana secara tidak langsung menyokong produk Usahawan Muslim yang mencari idea sendiri sehingga terhasilnya sehelai tudung. Segala penat lelah yang diusahakan sekurang-kurangnya berbaloi apabila ramai yang menyokong produk tempatan ini.

Kredit foto: IG

Pendapat ini disambut dengan pelbagai komen dari warganet, ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Bagi yang menyokong mereka menyatakan jika tidak mampu memadailah memakai tudung tiada jenama berbanding membeli tudung ciplak yang hanya mencuri hasil penat lelah orang lain.

Kredit foto: IG

Sementara ramai lagi yang membeli dengan harga mampu milik sahaja. Ada pula yang memberi komen bahawa sebaik-baik tudung adalah yang memberi manfaat kepada pemakainya.

Jadi, ukur baju di badan sendiri ya. Jika mampu apa salahnya membeli tudung mahal dan jika lebih suka tudung yang biasa-biasa itu lebih baik berbanding membeli tudung ciplak. Jadi, anda semua beli tudung yang macam mana? - CARI 


4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 8-10-2019 05:57 PM
peniaga yang jual brg fake patut rasa berdosa, kan?
pastu jual tudung tapi x menutup aurat dgn betul da mcm penunggang agama, pon berdosa juga kan?
urm.. ramai plk yang berdosa.huhuhu
Quote prettyuglybabe 8-10-2019 06:15 PM
cuba tengok yang konon pakai ori tu anak-anak dorang gaya cam mana
Quote meow_tompok 8-10-2019 06:22 PM
entah tak pernah rasa berdosa pun, sbb tak pernah pun beli fake2 brand ni. Beli unknown brand je, just plain shawl.  Aritu lalu kaunter neelofar kat isetan klcc... aiyoo tgk material kain tudung dgn corak dia... sukati la customer dia sanggup beli harga mahal utk kualiti/corak mcm tu.
Quote meow_tompok 8-10-2019 06:22 PM
entah tak pernah rasa berdosa pun, sbb tak pernah pun beli fake2 brand ni. Beli unknown brand je, just plain shawl.  Aritu lalu kaunter neelofar kat isetan klcc... aiyoo tgk material kain tudung dgn corak dia... sukati la customer dia sanggup beli harga mahal utk kualiti/corak mcm tu.
Quote cmf_premierleag 8-10-2019 07:08 PM
entahle.akak ni freehair jah
kowser nk berbungkus bagai
Quote CiliPadiSedap 8-10-2019 07:14 PM
Biasa kaka beli original barang elektronik je. Barang lain rasa cm bazir beli original
Quote matchstick 8-10-2019 07:47 PM
kalau brand ariani tu xyah risau pun pasal org jual fake vietnam kot.. aku penah try beli fake and ori bawal ariani, jauh sgt beza kualiti nya. harga fake rm40+ jgk. yg ori dlm rm98. yg fake tu kain dia susah nk bentuk, kena letak pin baru boleh pakai. pastu kalau yg original kain utk collection baru ni makin best n senang bentuk. vietnam punya collection baru ke lama, kain lebih kurang je. corak je tukar. so x heran lah ariani sentiasa ada pelanggan setia yg sanggup kumpul duit beli ori
Quote Managerara 8-10-2019 07:49 PM
Review sikit sape penah pakai fake duck..
Quote RatuDunia94 8-10-2019 07:57 PM
Tudung timbang kilo..
Quote Zona2020 8-10-2019 08:16 PM
Pakai tudung tapi tak solat.. Lagi teruk..
Quote bondeh 8-10-2019 08:52 PM
Beli kain kat jakel cakap nak size utk shawl, pastu g jahit tepi, taraaa dapatlah shawl buatan sendiri... hebat bukhennnnn
Quote misuke 8-10-2019 09:25 PM
aku beli tudung instant ja... rm20 pn rasa dh helok dh.. rasa bazir beno masa aku nk lilit2 bagai.
Quote MadameOnion 8-10-2019 09:44 PM
Selalu beli plain shawl je pun..lagi cantik..ko nek belit 50 Kali pun takda masalah..selalu beli yg rm 10..kalau rasa nak bergaya sikit2 I beli Erika jusoph je..Kain cantik n berkualiti
Quote boongalalang 8-10-2019 09:52 PM
Beli tudung kat muaz je. 6helai mix corak/jenis kain dapatla RM 45 total. Buat pakai pergi office/wedding
Quote Sazida 8-10-2019 09:56 PM
Yg pakai tudung ori rasa bangga. Yg pakai tudung fake pun rasa bangga. Yg beza cuma kualiti jahh.
Quote Rogue98 8-10-2019 09:57 PM
X pernah pun beli naelofahijab or duck samada original or fake. Support unknown brand jer skrg. Yang penting Syariah Compliance.
Quote danieladam 8-10-2019 10:00 PM
Kalau pengasas pon perangai fake, nak kira mcm mana?
Quote kuihbakar 8-10-2019 10:30 PM
bondeh replied at 8-10-2019 08:52 PM
Beli kain kat jakel cakap nak size utk shawl, pastu g jahit tepi, taraaa dapatlah shawl buatan sendi ...

Yaaaa hebat....
Quote kuihbakar 8-10-2019 10:31 PM
danieladam replied at 8-10-2019 10:00 PM
Kalau pengasas pon perangai fake, nak kira mcm mana?

Hahahah ini deep

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.267600 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top