Setelah hampir dua tahun memerintah, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pemberian subsidi petrol RON 95 bersasar sebanyak RM30 kepada pemilik kereta dan RM12 untuk pemilik motosikal setiap bulan mulai 1 Januari 2020. Pengumuman yang sekian lama dinanti-nantikan itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di Putrajaya pada 7 Oktober. Secara purata, pemilik kereta bakal menerima subsidi sebanyak RM1 sehari, manakala pemilik motosikal pula menikmati penjimatan kos petrol sebanyak 40 sen sehari. Memetik rakaman video pengumuman subsidi petrol yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin menjelaskan kira-kira 2.9 juta rakyat di Semenanjung Malaysia berpendapatan RM4,000 ke bawah bakal menerima manfaat daripada subsidi tersebut. Manakala, harga petrol RON95 di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak tertakluk kepada mekanisme apungan harga (APM) akan dikekalkan pada harga semasa iaitu RM2.08. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pengumuman subsidi petrol bersasar itu kerana pemimpin PH sering mencanangkan kononnya harga minyak akan diturunkan sehingga RM1.50 seliter apabila mereka berjaya menawan Putrajaya. Justeru, mereka kesal kerana walaupun PH kini berkuasa, janji manis itu bukan sahaja tidak menjadi kenyataan, malah majoriti pengguna kenderaan terpaksa membayar kos petrol RON 95 pada harga yang lebih tinggi sekiranya harga minyak di pasaran dunia melambung. Kadar subsidi yang diumumkan juga disifatkan seperti melepaskan batuk di tangga kerana jumlahnya terlalu kecil untuk benar-benar membantu meringankan beban pemilik kereta dan motosikal. Ada juga komen-komen nakal yang bertanya sama ada kerajaan telah membincangkan tentang mekanisme subsidi petrol bersasar itu dengan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana kedua-duanya lantang memperjuangkan kempen turun harga minyak satu ketika dahulu. Sebelum berkuasa, memang mudah berjanji. Tetapi, bila diberi mandat tidak semuanya dapat ditepati. - CARI
|
pokaibanktokyo: Bodoh lu cacai. Manifesto ph tak pernah ada harga petrol 1.50
kakyungpilah85 replied at 8-10-2019 06:15 AM
padan laa muka sape calit PH hari tu...lepas ni nak pilihanraya lagi xpayah percaya janji2 politik n ...
sidewinder replied at 8-10-2019 05:00 AM
lepas ni kalu mana2 calon berkempen janji mcm2 soh buat agreement pastu.......ambik lawyer kalu dah ...
gigahertz replied at 9-10-2019 01:54 AM
i tak undi PH. i undi Dr Mahathir atas experience dia jadi PM ke 4. Seandainya BN masih memerintah ...
ADVERTISEMENT